Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Tentera India Terhempas Di Negeri Rajasthan
NEW DELHI, 3 Sept (Bernama) — Sebuah pesawat tentera India terhempas di negeri barat Rajasthan pada malam Isnin akibat masalah teknikal.
“Juruterbang dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan,” menurut kenyataan Tentera Udara India.
Wilayah Barmer terletak berhampiran dengan sempadan Pakistan.
Lokasi nahas berada di kawasan berbukit yang jauh dari penempatan penduduk, kata seorang pegawai polis kepada media tempatan.
Sumber: BERNAMA