Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Video Masakan Tular, Perdana Menteri New Zealand Ajak Khairul Aming Jumpa
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dilaporkan telah mengadakan pertemuan pertama bersama pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming pada hari ini, lapor Astro Awani.
Pertemuan itu diadakan selepas video percutian dan masakan ke New Zealand yang diterbitkan Khairul Aming atau KA mendapat perhatian ramai termasuk Perdana Menteri negara itu.
Difahamkan, pertemuan itu diserikan dengan demonstrasi memasak roti jala dan perbualan antara kedua-dua individu itu selama selama 30 minit sambil bersarapan bersama.
Sementara itu, KA turut berkongsi momen istimewa itu menerusi satu hantaran di akaun X rasmi miliknya.
“Hari ni Khairul Aming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana.
“Saya ambil peluang ini untuk memperkenalkan makanan sarapan terkenal rakyat Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand termasuk eksport perdagangan daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi, dan potensi produk PKS tempatan ke New Zealand,” kongsinya.
Mengimbau kembali pada lapan tahun dahulu, KA menceritakan pertama kali dia merakam video pertama masakan adalah seorang diri.
Dalam masa yang sama dia turut meluahkan rasa syukur dengan rezekinya diberikan kepadanya saat ini.
“Teruskan perjuangan, kita akan berbangga bagaimana hidup ini boleh dicapai,” katanya.
Terdahulu, pempengaruh media sosial itu menjadi topik bualan orang ramai selepas chef terkenal United Kingdom, Gordon Ramsay, memuji salah satu resipi KA.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Gordon memberikan reaksi terhadap resepi Burnt Sugar Steamed Pudding yang disediakan oleh KA.
Di sepanjang video reaksi berkenaan, Gordon memuji teknik masakan yang diperagakan KA yang disifatkan sangat menarik dan tepat.
Sumber: Astro Awani