Siakap Keli
buaya perhilitan selangor
Gambar: Astro AWANI

Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau

Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau

SHAH ALAM — Kemunculan seekor buaya di sekitar Tasik Seksyen 7 baru-baru ini dilaporkan masih belum ditangkap, petik Astro AWANI.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh.

Pun begitu, pihaknya kini sedang giat melakukan pemantauan di sekitar tasik berkenaan sejak petang semalam bagi mengenal pasti pergerakan reptilia itu.

“Hari ini kita mula berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenai langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan.

“Hari ini ini juga kami pantau pergerakan buaya, pasang tape kesalamatan serta papan tanda amaran,” katanya sewaktu dihubungi Astro AWANI semalam.

Difahamkan, seramai 15 anggota PERHILITAN Selangor telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Turut hadir di lokasi berkenaan adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Sebelum ini, tular dakwaan kemunculan seekor sang bedal di Tasik Shah Alam, Seksyen 7.

Berikutan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihati orang ramai untuk berhati-hati sewaktu melakukan aktiviti luar di lokasi itu.

Tali pengadang turut dipasang di sekitar kawasan tasik itu sebagai usaha keselamatan.

“Majlis Bandaraya Shah Alam, melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil maklum akan perkara ini dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

“Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Menerusi hantaran terkini di laman Facebook, pihak MBSA bersama Jabatan Perhilitan Negeri Selangor telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemantauan dari masa ke masa.

“Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor berkenaan kemunculan seekor buaya di Tasik Seksyen 7, Shah Alam seperti yang telah tular di media sosial.

“Perbincangan mengenai isu ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohd Sharif, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pengarah Kesihatan Persekitaran; YBrs. Encik Mohd Amir bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor; Pasukan PANTAS MBSA serta Pegawai-Pegawai dari kedua-dua agensi di lokasi yang dinyatakan.

“Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa. Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

BACA JUGA: Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.