Siakap Keli
asteroid rw1 lintas filipina
Kredit: X

Memukau, Asteroid Dikesan Masuki Ruang Atmosfera Di Filipina

Memukau, Asteroid Dikesan Masuki Ruang Atmosfera Di Filipina

Asteroid yang dikenali sebagai 2024 RW1 telah dikesan di ruang angkasa Filipina berdekatan Pulau Luzon pada Rabu dan mendapat perhatian warga maya.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, asteroid yang berukuran kira-kira satu meter itu dilihat melalui ruang udara dengan melepaskan cahaya yang terang tanpa menghentam mana-mana permukaan Bumi.

Asteroid ini dapat dilihat dengan jelas oleh penduduk Santa Ana dan Gonzaga di Lembah Cagayan seperti yang telah dijangka oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA).

BACA: Kenapa Bulan Purnama Dipanggil “Strawberry Moon”? Ini Sebabnya

Menurut CNN, asteroid tersebut sebelum ini dikenali dengan nama CAQTDL2 dan telah ditukar namanya kepada RW1 semalam. Untuk pengetahuan, asteroid berukuran satu meter sebenarnya dijangka memasuki atmosfera Bumi setiap dua minggu. Namun, ia jarang dapat dikesan sebelum ‘terbakar’ di ruang udara Bumi.

Berdasarkan kenyataan dari Agensi Angkasa Eropah pula, asteroid RW1 merupakan asteroid kesembilan yang dapat dikesan oleh manusia sebelum memasuki atmosfera Bumi.

BACA: Menakjubkan, Fenomena Penghijaban Zuhal Dirakam Awal Pagi Tadi

https://x.com/raymongdullana/status/1831378111453392958

 

https://x.com/SquigglyVolcano/status/1831383862435578335

 

BACA: Menakjubkan, Pesona “Strawberry Moon” Pukau Pandangan Ramai

 

https://www.facebook.com/reel/875769340690052

 

Ada juga warga Filipina yang melihat asteroid berkenaan dari Bandar Lal-lo, salah satu bandar di Cagayan.

 

https://x.com/sciencekonek/status/1831380201860952363

 

Asteroid masuki ruang udara Filipina, turut dilihat di Buguey, Cagayan.

 

@jaesen011

SO PRETTY😍 #asteriod2024 #fypシ #viralvideo #meteor

♬ original sound – Jae Sen Alvior Romio – Jae Sen Alvior Romio

 

@jeffanese31

WELCOME TO EARTH, ASTEROID 2024 RW1!☄️

♬ オリジナル楽曲 – ☦︎︎ – W1fxxxx

Terdahulu, NASA dan Organisasi Meteor Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan tentang kehadiran asteroid tersebut. Walau bagaimanapun, tiada amaran hentaman asteroid ke Bumi dikeluarkan.

Objek yang berukuran kira-kira satu meter itu telah dijangka bakal melalui ruang udara Filipina, hadir dalam bentuk bebola api yang sangat terang dan bergerak dengan perlahan dapat dilihat orang awam.

Sebelum ini, Earth Sky pernah melaporkan satu asteroid dengan diameter sebesar 20 meter pernah memasuki atmosfera Bumi pada 15 Februari 2013. Kehadiran asteroid ini dikesan di ruang udara Chelyabinsk, Russia.

Asteroid tersebut dilihat meletup di ruang udara dan menyebabkan kira-kira 1500 warga tempatan terpaksa mendapatkan rawatan akibat tercedera.

Sumber: National Aeronautics and Space Administration (NASA), Video tular di media sosial

Azizah Najib

Menulis tanpa henti