Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kerabat Diraja Didakwa Serang Lelaki
Sumber: Sinar Harian

Tengku Hassanal Arah Siasatan Tegas, Adil Kes Kerabat Diraja Didakwa Serang Lelaki

Athirah

Tengku Hassanal Arah Siasatan Tegas, Adil Kes Kerabat Diraja Didakwa Serang Lelaki

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan membabitkan dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki pada Jun lalu.

Kenyataan itu telah dikeluarkan menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi, @kesultanan.pahang hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, baginda memandang serius berita yang tular di media sosial itu, dan dakwaan mangsa bernama Alias Awang telah diserang menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

Tengku Hassanal gesa PDRM jalankan siasatan dengan tegas dan adil

“Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan,” titah Tengku Hassanal.

Dalam pada itu, baginda turut bertegas tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titah baginda lagi.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya diserang oleh sekumpulan individu, termasuk seorang anak kerabat diraja Pahang, di sebuah kandang kuda pada 6 Jun.

Lelaki yang bekerja sebagai pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu mendakwa mengalami kecederaan di paha dan kaki setelah dipukul, ditikam dan ditembak oleh kumpulan tersebut, menyebabkan dia menerima beberapa jahitan di kakinya.

Pada Khamis, Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, memaklumkan bahawa pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, beberapa individu yang terlibat telah ditahan sebelum ini, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Selain beberapa saksi lain telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya.

BACA: Suami Isteri Didakwa Cuai Sebabkan Anak Dua Tahun Positif Dadah

BACA: Pelari Olimpik Uganda Maut Dibakar Teman Lelaki

BACA: Peniaga Sayur Ditahan Toreh Leher Seorang Lelaki Kerana Isu Parkir

Sumber: Sinar Harian