Bayi 8 Bulan Dipercayai Meninggal Dunia Di Taska
Seorang bayi lelaki berumur lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska).
Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Taman Kelemak Utama di Alor Gajah, Melaka pada petang Jumaat.
Difahamkan, mangsa dipercayai merupakan bayi sulung kepada pasangan suami isteri seorang pegawai tentera dan guru.
Jasad mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, tinjauan yang dibuat oleh portal berita berkenaan mendapati pasukan forensik tiba di taska tersebut pada jam 7.05 petang.
Ia dipercayai bertujuan melakukan pemeriksaan lanjut berkaitan kejadian itu.
Sumber: Sinar Harian