Siakap Keli
Taufan Yagi
Kredit: AFP

Taufan Yagi Landa Vietnam, Seorang Terkorban

Taufan Yagi Landa Vietnam, Seorang Terkorban

Taufan Yagi yang melanda Vietnam dilapor telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban hari ini, lapor AFP.

Selain itu, ia turut menyebabkan banyak pokok-pokok tumbang dan menghanyutkan bot serta kapal ke lautan.

Menurut Pusat Ramalan Hidrometeorologi Kebangsaan, taufan itu melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh dengan kelajuan angin melebihi 149 kilometer sejam.

Difahamkan, kepingan bumbung logam dan papan tanda dilihat berterbangan sewaktu taufan melanda di Hai Phong.

Kredit: NHAC NGUYEN/AFP

Media kerajaan juga melaporkan, di pedalaman wilayah Hai Duong, seorang lelaki telah terbunuh di jalan raya selepas angin kencang menumbangkan pokok.

“Sudah lama saya tidak menyaksikan taufan sebesar ini.

“Ia menakutkan. Saya tinggal di dalam rumah, dan mengunci semua tingkap saya. Bagaimanapun, bunyi angin dan hujan sukar dipercayai,” kata Tran Thi Hoa, seorang wanita berusia 48 tahun dari Hai Phong kepada AFP.

https://x.com/ongtambatam/status/1832293925639634971

Menurut AFP, sebelum melanda tanah besar, taufan itu sudah ‘mencabut’ ratusan pokok di pulau Co To, kira-kira 80 kilometer dari tanah besar Quang Ninh.

Beberapa bangunan pejabat, sekolah dan rumah di pulau itu juga kini tidak berbumbung akibat angin kencang.

Kredit: NHAC NGUYEN/AFP

Taufan itu turut mengakibatkan papan tanda di sekitar pulau itu menjadi berselerak, manakala talian elektrik terputus dan berselirat ditiup angin.

Pihak berkuasa tempatan berkata, taufan itu adalah yang paling buruk melanda pulau itu dalam beberapa dekad.

Difahamkan, ribut itu membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 92 yang lain di pulau Hainan di selatan China sebelum melanda Vietnam.

Salah satu penyiar negara China, CCTV melaporkan bahawa Taufan Yagi membawa angin lebih 230 kilometer (143 batu) sejam, malah menumbangkan pokok serta menyebabkan sekitar 460,000 orang dipindahkan.

“Hainan dilanda hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan 92 cedera,” kata portal Xinhua, yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh turut menggesa pihak berkuasa tempatan memindahkan penduduk dari kawasan berbahaya sebelum ribut melanda malah menasihati, penduduk lain untuk berada di dalam rumah.

BACA: Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.