Siakap Keli
Atlet Powerlifting Mongolia
Gambar: Paralympic.org

Atlet Powerlifting Mongolia Catat Sejarah Raih Pingat Dalam 3 Paralimpik Berturut-turut

Atlet Powerlifting Mongolia Catat Sejarah Raih Pingat Dalam 3 Paralimpik Berturut-turut

ULAN BATOR, 8 Sept (Bernama) — Atlet powerlifting Mongolia Enkhbayar Sodnompiljee merangkul pingat perak dalam kategori 107 kg lelaki di Paralimpik Paris 2024 pada Ahad dengan angkatan seberat 248 kg, menjadi atlet Mongolia pertama memperoleh pingat. pada tiga Sukan Paralimpik berturut-turut, lapor Xinhua.

Atlet berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi pingat emas dalam kategori 107 kg lelaki pada Paralimpik Tokyo 2020 dengan angkatan 245 kg. Beliau juga memperoleh pingat gangsa dalam acara 88 kg lelaki di Paralimpik Rio 2016.

Dalam kategori yang sama di Paris 2024, Aliakbar Gharibshahi dari Iran memenangi pingat emas dengan angkatan 252 kg, memecahkan rekod Paralimpik dan dunia, manakala wakil Mexico Jose Castillo meraih gangsa dengan angkatan 222 kg.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.