Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Derita Dementia, Isteri Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

Hannah
suami rentung halaman rumah
Gambar: Sinar Harian

Derita Dementia, Isteri Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

Mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan rentung dipercayai akibat disambar api dari mesin rumput yang terbakar di Jejawi, pada Ahad, telah dikenal pasti sebagai pesara Telekom Malaysia (TM).

Mangsa, Tunku Mahadzir Tunku Ahmad, 75, ditemukan terbaring di halaman sebuah rumah berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kangar oleh orang awam.

Gambar: BERNAMA

Balu mangsa, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, menyatakan rasa terkejut apabila pihak polis memaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Menurutnya, arwah suaminya rajin membersihkan halaman rumah, dan dipercayai pada hari kejadian, arwah sedang membersihkan kawasan semak.

“Semasa kejadian saya sedang berehat di dalam rumah namun tidak mendengar suara suami meminta pertolongan,” ujarnya.

Oleh itu, tambahnya lagi, dia tidak menyedari ketiadaan suaminya kerana beranggapan arwah berada di dalam rumah seperti biasa.

“Walaupun sedih, namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya sayu.

Adik ipar Sharifah Puziah, Rosida Aziz, 60, memberitahu bahawa kakaknya mengalami dementia, menyebabkan daya ingatannya agak terbatas.

Katanya, kakak iparnya itu ada membuka pintu dan terlihat kepulan asap di luar rumah.

“Bagaimanapun, kak Sharifah sangka kepulan asap itu adalah dari sisa rumput yang dikumpulkan dan dibakar oleh suaminya.

“Kami juga tidak mengetahui tentang kejadian hinggalah salah seorang ahli keluarga memaklumkan melalui perkongsian hantaran diperolehi dalam Facebook,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat lelaki dengan kesan terbakar di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki tersebut daripada orang awam melalui panggilan telefon pada jam 6.33 petang.

BACA: Mayat Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemukan Di Arau

BACA: Dua Maut Tertimbus Runtuhan Tanah, Konkrit

BACA: Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Perlawanan Bola Sepak

Sumber: Sinar Harian