Siakap Keli
pemanah cilik ungguli podium
Kredit: Fathim Ridayu

Dua Pemanah Cilik Malaysia Ungguli Podium Di Perancis

Dua Pemanah Cilik Malaysia Ungguli Podium Di Perancis

Baru-baru ini, dua pemanah cilik, Abdurrahman dan Heba Nusaybah masing-masing berjaya memenangi pingat emas dan perak di satu kejohanan memanah yang telah berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos lepas di Gauchoux, Perancis, lapor Bernama.

Abdurrahman Ahmad Mu’az telah disarungkan pingat emas apabila menjuarai Gauchoux Open Horseback Archery Competition: European Kids Championship 2024 bagi kategori bawah 14 tahun manakala adiknya, Heba Nusaybah Ahmad Mu’az berjaya meraih pingat perak apabila mendapat naib juara bagi kategori bawah 12 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka menerusi satu hantaran di laman X miliknya.

BACA: Juara Pun Ambil Gambar Sendiri, Gelagat Budak Ini Raih Perhatian Ramai

“Abdurrahman dan adik perempuannya, Heba Nusaybah telah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dalam sukan memanah berkuda.

“Walaupun hanya mereka berdua yang mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa ini, semangat juang dan dedikasi mereka terbukti tiada tandingannya. Saya doakan semoga adik Abdurrahman dan adik Heba Nusaybah terus menjadi inspirasi dan kebanggaan kita semua,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Menerusi video kejohanan perkongsian ibu mereka, Fathim Ridayu, kedua pemanah cilik ini kelihatan begitu tangkas dan tenang ketika memanah sambil menunggang kuda mengelilingi litar.

@fathimridayu

Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery

♬ suara asli – Asyifa tri hendrianda – user57835527164

BACA: Menang RM4.7 Juta, Sekyss Mahu Simpan Dalam ASB, Rancang Nak Beli Rumah

@fathimridayu

Alhamdulillah.. Heba Naib Juara keseluruhan U12 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery

♬ original sound – Arai Motor Tanjong Karang – Arai Motor Tanjong Karang

Pemanah cilik ungguli podium, berkat jualan kuih raya

Fathim turut berkongsi perjalanan mereka bertiga ke Perancis yang menggunakan hasil jualan kuih raya.

“Tajaan sendiri, pergi bertiga sahaja. Saya manager, saya coach mereka. Dana datuk dan nenek sumbang sikit, jual kuih raya untuk kumpul dana,” katanya.

Mengakui kos perjalanan di Perancis amat tinggi, Fathim berkata tujuan penyertaan kejohanan ini penting sebagai pendedahan anak-anak bertanding di negara yang banyak menghasilkan juara dunia dalam sukan memanah berkuda.

BACA: Menang Besar Di Pameran Pelancongan Saudi Sempena Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-67

“Pasukan negara lain ada kenderaan yang menjemput apabila sampai di airport. Kami naik public transport sebab nak berjimat. Dari airport Paris ke bandar Limoges naik bas lima jam. Dari Limoges ke Bellac naik kereta api lagi sejam. Angkutlah beg semua tiga beranak,” kongsinya lagi.

Menurut Fathim, mereka terpaksa berjimat berikutan bayaran makanan yang dikenakan terlalu tinggi.

“Makan pun bawa makanan ready-to-eat dari Malaysia, punya nak berjimat. Kalau makan makanan yang urusetia sediakan, kena bayar EUR 40 sehari, dalam RM200 seorang,” kongsi Fathim menerusi laman TikTok miliknya.

Biarpun menghadapi perjalanan yang seadanya, ketiga-tiga mereka berjaya membawa nama negara dengan titik peluh sendiri.

Sumber: Ahmad Zahid Hamidi via X, Fathim Ridayu via TikTok

Azizah Najib

Menulis tanpa henti