Siakap Keli
sekyss menang rm4.7 juta
Sumber: Stadium Astro

Menang RM4.7 Juta, Sekyss Mahu Simpan Dalam ASB, Rancang Nak Beli Rumah

Menang RM4.7 Juta, Sekyss Mahu Simpan Dalam ASB, Rancang Nak Beli Rumah

Pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss, berkongsi perancangannya setelah beliau dan pasukannya dinobatkan sebagai juara dunia dalam kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.

Sekyss, yang turut dianugerahkan sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam aksi Grand Final, meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh pasukannya dalam kejohanan tersebut.

Kredit: WTM Today via Facebook

Dalam satu sesi perbualan bersama Era, Sekyss berkongsi perancangannya untuk menyimpan hadiah kemenangan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Saya akan simpan ASB dulu, mungkin dah lama sikit saya nak beli rumah,” ujarnya.

Yoodo Selangor Red Giants juga dijadualkan bakal beraksi dalam kejohanan Snapdragon yang akan diadakan dalam masa kira-kira dua minggu lagi.

BACA: EURO 2024: Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final, Pecah Rekod Pelé

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.