Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Mud Volcano Sabah
Gambar: JMG & Sinarplus

Kenali “Mud Volcano” Yang Banyak Terdapat Di Sabah

Iqbal Yasir

Ada Banyak, Kenali “Mud Volcano” Yang Terdapat Di Sabah

Baru-baru ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memuat naik satu video memaparkan volkano lumpur aktif berhampiran Maliau Basin, Sabah hingga meraih perhatian warga maya.

Dalam perkongsian yang dibuat melalui Facebook menunjukkan volkano lumpur yang sedang aktif itu sempat dirakam oleh pegawai geosains JMG ketika berada di lapangan.

Video tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai di mana sesetengah mereka ingin mengetahui sama ada ia bahaya untuk persekitaran ataupun tidak.

Kemungkinan ada yang tidak mengetahui, volkano lumpur atau mud volcano ini banyak berada di kawasan sekitar negeri Sabah.

Jadi, untuk menjawab persoalan orang ramai, ikuti perkongsian berkenaan volkano lumpur di bawah ini.

Apa itu volkano lumpur?

Mud Volcano Sabah
Gambar: Sinarplus

Secara terjemahannya volkano itu ditafsirkan sebagai letusan gunung berapi dan tidak dinafikan ia menimbulkan rasa cemas kepada orang awam apabila mendengar perkataan tersebut.

Pun begitu, volkano lumpur yang berada di Sabah ini, tidak memuntahkan bahan cairan lava seperti yang dilakukan oleh gunung berapi tetapi ia mengeluarkan bahan lumpur.

Sebahagian besar lumpur yang meletus terdiri daripada tanah liat dan ketulan lumpur, petik kajian.

“Volkano lumpur hanya meminjam istilah volkano untuk menjelaskan mekanisme bahan lumpur yang dipaksa keluar daripada bawah tanah untuk keluar ke permukaan,” kata Felo Penyelidikan Geologi Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Hardianshah Saleh dan Profesor Dr Baba Musta.

Jelas mereka, volkano lumpur bukanlah fenomena yang sama dengan volkano atau letusan gunung berapi namun ia adalah penjelasan yang digunakan hanya untuk menjelaskan bahan lumpur yang dikeluarkan dari bawah tanah.

Gambar: JMG

Fenomena letusan ini pertama kali direkodkan di Sabah pada tahun 1920-an sebelum mula dikaji dengan lebih terperinci.

Difahamkan, letusan ini berlaku apabila tekanan atas terhadap lapisan yang kaya dengan bahan lumpur yang terbentuk jauh di bawah permukaan tanah.

Kemudian, tekanan ini akan menekan dan memaksa bahan lumpur berbentuk cecair keluar dari menerusi sesar, retakan atau zon lemah pada batuan ke permukaan.

Cairan lumpur ini akan keluar bersama gas metana selain daripada nitrogen, oksigen, karbin dioksida dan hidrogen sulfida.

Menurut kajian, lumpur ini lazimnya berwarna biru kelabu namun warnanya sedikit berbeza disebabkan warna sedimen primer atau perubahan seterusnya.

Mud Volcano Sabah
Gambar: JMG

Bahkan lumpur yang terhasil mempunyai suhu yang panas mencecah 50 darjah Celsius.

Umumnya, gunung berapi lumpur ini ditemui di kawasan berhutan lebat (tropika lembap) atau di kawasan yang berlaku mendapan lumpur baharu.

Bahaya atau tidak letusan gunung berapi lumpur?

Pakar Geologi Sabah, Profesor Dr Fekix Tongkul berkata, fenomena ini ialah perkara biasa di negeri itu.

Ia sering berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dimuntahkan. Kejadian letusan ini kadangkala berlaku sewaktu gempa bumi.

Tambahan lagi, terdapat beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan gunung berapi lumpur.

Antaranya di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu, Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur.

Gambar: Dr Mark Tingay
Mud Volcano Sabah
Gambar: Dr Mark Tingay

Sumber: Sinar Harian, Gsm.org, JMG

BACA JUGA: Remaja 14 Meninggal Dunia Ketika Perlawanan Bola Sepak

BACA JUGA: Pesona Air Terjun O’ong Pejik Persis Niagara Falls, Memukau Pecinta Alam