Siakap Keli
chery tiggo 7 pro

Chery Tiggo 7 Pro: SUV Segmen C Harga Bawah RM125,000

Baru-baru ini SK berpeluang memandu sebuah kereta jenama daripada China iaitu Chery Tiggo 7 Pro. Ya, kereta model ini yang menjadi hadiah kepada pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024.

Chery Tiggo 7 Pro adalah sebuah model SUV segmen C yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun 2024 di Malaysia.

Dengan harga jualan RM123,800 menjadikan model ini, SUV segmen C paling murah di Malaysia dan menawarkan ciri-ciri teknologi dan keselamatan terkini.

SK berpeluang memandu kereta ini selama seminggu dan sempat memandu pulang ke kampung halaman lebih kurang 100km jaraknya dari Cyberjaya.

Rekaan Luaran

Ramai kawan-kawan SK berpendapat rekaan luaran Tiggo 7 Pro ini menepati citarasa dan up-to-date dengan rekaan moden.

Gril diamond cut dan lekuk tubuh yang nampak sporty menjadikan Tiggo 7 Pro sesuai dipandu oleh setiap lapisan umur.

SK juga sangat berkenan dengan rekaan belakang Tiggo 7 Pro ini. Sangat simple tapi cukup untuk mengatakan kereta ini adalah keluaran tahun 2024.

chery tiggo 7 pro

Rekaan Dalaman

SK sangat menitik beratkan rekaan dalaman sesebuah model terbaru kerana apa yang ada dalam kabin yang akan menemani kita memandu hingga sampai ke destinasi.

Boleh SK katakan Chery Tiggo 7 Pro mempunyai rekaan dalaman yang jauh lebih moden berbanding beberapa model dari Jepun yang harganya lebih mahal.

Kebanyakan material dalam kabin adalah soft-touch dan setiap potongan papan pemuka menampakan model ini setara dengan harganya.

Chery Tiggo 7 Pro juga datang dengan tempat duduk bersalut kulit dan pada pendapat SK, saiz kerusi sedikit kecil untuk pemandu bersaiz besar tapi masih di tahap selesa.

chery tiggo 7 pro chery tiggo 7 pro

Untuk skrin infotainment, Chery menggunakan skrin 24.6″ skrin lengkung persis seakan yang digunakan dalam Proton X50.

Ia juga datang dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto dan pengecasan peranti tanpa wayar sehingga 50W.

Ia memiliki lapan buah speaker dari jenama SONY dan ada 3 port pengecasan, 1 type C dan dua jenis USB A.

SK pernah meroyan tentang rekaan dalaman sebuah kereta jenama dari Jepun dan hal ini sangat bertentangan dengan rekaan dalam kereta Chery.

Pengalaman Memandu

Chery Tiggo 7 Pro menggunakan enjin 1.6 TGDi 4 silinder dengan 197 kuasa kuda dan 290 Nm of torque.

Had maksimum kelajuan boleh mencecah sehingga 205km/j dan pecutan dari 0 ke 100km/j hanya mengambil masa 8.3 saat.

SUV ini juga dipacu dengan kotak gear Dual Clutch Transmission (DCT) 7 speed.

Sepanjang SK memandu ketika dalam bandar, SK berpuas hati dengan prestasi kereta ini kerana mampu menjalankan tugas dengan baik.

SK juga sempat memandu kereta ini untuk jarah lebih kurang 100km, SK berpendapat SUV ini mampu mendaki bukit tanpa sebarang masalah dan memecut di lebuh raya dengan cukup yakin.

Tiggo 7 Pro ini juga ada tiga mod pemanduan iaitu Eco, Sport dan Normal dan anda boleh pilih mengikut kesesuaian pemanduan masing-masing.

Jika anda sedang mencari kereta yang jimat minyak, SUV ini tidak jimat minyak jika kaki jenis rajin menekan hingga lantai.

Untuk pemanduan Eco, baru SK dapat rasakan penjimatan penggunaan petrol dan atas kertas penggunaan petrol adalah 7L per 100km.

Keselamatan

Untuk ciri keselamatan, Chery Tiggo 7 Pro menggunakan ADAS 2.5 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan penting untuk sebuah kenderaan moden.

Antaranya Autonomous Emergency Braking (AEB), Multi Collisions Brakes (MCB), Blind Spot Detection (BSD), Door Opening Warning (DOW) dan Intelligent High Beam Control (IHBC).

Kesimpulan

Secara keseluruhan, SK sangat berpuas hati memandu dan menatap Chery Tiggo 7 Pro ni. Cantik di luar dan indah di dalam. Sedap dipandu jalan jauh ataupun jalan bandar. SK boleh bagi 8/10 untuk Chery Tiggo 7 Pro.

Untuk maklumat lanjut, booking test drive dan spesifikasi layari laman web CHERY MALAYSIA

BACA JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.