Siakap Keli
bola keranjang anta

Kedai Konsep Bola Keranjang Pertama ANTA Kini Di Malaysia

Kedai Konsep Bola Keranjang Pertama ANTA Kini Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2024 – Khas bagi mereka yang minat sukan bola keranjang, bersedialah untuk sesuatu yang terbaharu! ANTA Malaysia tidak sabar untuk meningkatkan lagi permainan anda dengan pembukaan kedai konsep ANTA Basketball di Sunway Pyramid!

Lebih daripada sekadar kedai, ANTA Basketball adalah gabungan kecintaan sukan dengan reka bentuk inovatif yang bertujuan untuk mewujudkan pengalaman yang mengasyikkan untuk peminat sukan bola keranjang.

Dengan ketersediaan pelbagai jenis kasut, pakaian dan aksesori eksklusif dalam ruang yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa, reka bentuk dan susun atur kedai ini mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelanggan untuk mendapatkan apa yang diperlukan untuk menyempurnakan lagi permainan dan gaya mereka.

Peminat bola keranjang juga boleh menantikan ketibaan pilihan peralatan berprestasi tinggi, termasuk ANTA KAI 1 Kaleidoscope yang telah dilancarkan baru-baru ini – produk yang wajib disaksikan oleh para pemain tegar.

bola keranjang anta

Menurut Puan Pang Sook Fong, Pengurus Besar ANTA Malaysia, pelancaran kedai ini menandakan pencapaian penting dalam komitmen jenama untuk menyokong komuniti bola keranjang tempatan.

“Kami sedar yang Malaysia dipenuhi dengan peminat bola keranjang yang sangat bersemangat, dan oleh itu, dengan kedai terbaharu ini, kami berhasrat untuk mendekatkan mereka dengan sukan yang mereka gemari,” kata Puan Sook Fong. 

“Kedai ini mewakili visi ANTA untuk mendatangkan inovasi dan keterujaan kepada sukan ini dan seterusnya memperkayakan budaya bola keranjang tempatan. Pembukaan kedai konsep pertama kami di Malaysia ini bukan sahaja satu langkah strategik untuk jenama kami, ia juga merupakan satu penghormatan kepada komuniti dan sukan bola keranjang yang merupakan teras identiti kami.”

Dengan memfokuskan pada koleksi bola keranjangnya yang luas, kedai baharu ini memaparkan kolaborasi dengan bintang bola keranjang Kyrie Irving dengan menampilkan kasut dan pakaian istimewa yang menggabungkan gaya dan prestasi.

Sama ada anda seorang pemain yang mencari peralatan peringkat atasan atau peminat yang mencari fesyen bola keranjang terkini, ANTA Basketball ialah hab utama anda.

“Untuk masa yang terdekat, kami berhasrat untuk mengembangkan kehadiran kami dengan mendirikan kedai berkonsepkan bola keranjang di seluruh negara sambil memperkenalkan inisiatif baharu yang akan menyatukan peminat bola keranjang di segenap empat penjuru dan kami yakin yang usaha kami ini dapat membantu peminat dan pemain berasa lebih terhubung dengan sukan kegemaran mereka.”

bola keranjang anta

Lawatan Asia Tenggara ANTA KAI yang pertama bersama Kyrie Irving di Bangkok, Thailand

Untuk meraikan pembukaan besar-besaran ini, ANTA Basketball menawarkan promosi hadiah-dengan-pembelian yang eksklusif! Belanja RM811 untuk mana-mana item KAI dan dapatkan tiket masuk am ke acara ANTA KAI di Bangkok, di mana anda akan berpeluang bertemu dengan NBA All-Star Kyrie Irving pada 23 September 2024.

Tiket adalah terhad dan boleh didapati berdasarkan asas siapa cepat, dia dapat.

Untuk peluang menikmati pengalaman VIP, pelanggan perlu membelanjakan RM1,100 untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi penerbangan dan penginapan percuma.

Selain itu, pelanggan di kedai ANTA yang lain boleh membeli mana-mana item ANTA dan mendaftar dengan 100 mata ANTA untuk memasukkan undi untuk mendapatkan tiket kemasukan umum ke acara tersebut.

Untuk Terma dan Syarat, layari https://tinyurl.com/yrc56hhe.  

ANTA Basketball terletak di Lot G1.107, Sunway Pyramid! Untuk maklumat dan promosi terkini, layari my.anta.com, atau ikuti @antamalaysia di Instagram dan @ANTAMalaysiaOfficial di Facebook.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.