Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gelagat Anak Lembu Didukung Wanita Raih Perhatian
Lembu antara haiwan ternakan yang paling banyak dibela. Lazimnya, haiwan ini hidup dalam berkumpulan sama ada dilepaskan dalam estet atau dalam kandang.
Bermula dari lahir hingga besar, haiwan-haiwan ini sudah tentu mengenali pemiliknya. Bahkan ada yang bersifat di luar jangkaan kerana terlalu rapat.
Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang tular baru-baru ini, apabila seekor anak lembu mahu bermanja dengannya.
Video tersebut mencuri perhatian ramai ekoran kemesraan yang ditunjukkan oleh wanita itu dan juga anak lembu yang dipegangnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fifi_ishak2 di platform TikTok, anak lembu berwarna coklat putih itu seperti selesa didukung oleh wanita yang bergelar mak itu.
Lebih menghiburkan, apabila anak lembu itu didukungg ia tidak ubah seperti budak kecil yang duduk dalam dakapan wanita tersebut.
Kebiasaannya, ada binatang yang tidak mahu dipegang namun berbeza pula dengan anak lembu ini di mana ia selesa didukung manusia.
Ketika wanita itu mendukungnya, ia hanya duduk tidak bergerak malah terlihat seperti seakan-akan mahu lena didakapannya.
Momen lucu itu juga sempat dirakam oleh seorang lelaki yang turut sama berada di kandang itu.
“Kau binatang (anak lembu), hahaha comel…” ujar pemilik video.
Klip berkenaan turut menarik perhatian warga maya yang terhibur melihat gelagat anak lembu berkenaan.

Antara komen netizen;
“Macam mana nak menelan daging dia kalau dah dipeluk di dukung. Memang tak lahh… Saya pun rela makan sayur saja
“Ni sampai ke besar nak berdukung tak tahu lah,” seloroh seorang lagi pengguna.
“Comel sangat rendang tok ni,” komen salah seorang pengguna lain.
“Oloh loh lohh.. terus buat lembik kaki tangan,” kata seorang lagi.
“Sakit pinggang mak ko tu dik. Ko (anak lembu) ni macam-macam hal la nak berdukung je hahaha. Apa pun sumpah comel,” komen seorang lagi.
Perkongsian ini mendapat lebih 100,000 ribu tanda suka dengan lebih 12,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.
Sumber: TikTok @fifi_ishak2