YouTuber Scotland Kongsi Kisah Bertemu Jodoh Jejaka Malaysia
Rahsia dan perancangan Allah itu benar-benar indah dan penuh misteri yang sukar diramal.
Setiap detik dalam hidup kita telah diatur dengan begitu sempurna, dan kadang-kadang, keajaiban itu datang tanpa kita sangka-sangka.
Begitulah kisah YouTuber Scotland, Alana Dunsmore, bertemu jodoh yang merupakan jejaka Malaysia.
Kisah cinta mereka bermula secara tidak terduga pada Hari Merdeka Ke-66 tahun lalu.
Hari yang dipenuhi dengan sorakan kemerdekaan dan lautan bendera, tiba-tiba menjadi saksi kepada pertemuan pasangan sejoli.
Pada tanggal itu, Alana seperti rakyat Malaysia yang lain, teruja untuk menyaksikan sambutan Hari Merdeka yang gilang-gemilang di Dataran Putrajaya.
Sebagai seorang yang aktif berkongsi kisah hidupnya di media sosial, Alana juga mengambil kesempatan untuk merakam video bagi saluran YouTube miliknya.
Seperti biasa, Dataran Putrajaya dipenuhi dengan ribuan manusia menyaksikan perarakan dan persembahan sempena sambutan hari bersejarah negara.
Dalam keramaian itu, Alana tidak pernah terfikir bahawa dia bakal bertemu dengan seorang jejaka yang kini menjadi teman hidupnya.
Alana bertemu dengan “Abang Bomba” yang kini suaminya
Menurut Alana, suaminya ketika itu merupakan salah seorang yang melakukan perarakan dengan berpakaian bomba untuk mempromosikan sebuah filem Malaysia.
Alana tidak pernah terfikir bahawa dalam ribuan manusia yang memeriahkan Dataran Putrajaya pada hari itu, dia akan bertemu dengan seseorang yang bakal menjadi teman hidupnya.
“Setahun yang lalu, kami bertemu buat pertama kalinya.
“Hanya beberapa hari selepas Hari Merdeka, kami bertemu dan sejarah pun terlakar. Masya-Allah,” tulisnya dalam hantaran itu.
@alanadunsmore Exactly 1 year ago today we met for the first time 🥹🇲🇾🏴 It only took us just a few days after Merdeka to meet in person for the first time & the rest is history, mashaAllah 🥹🤲🏼 #Malaysia #Merdeka #Merdeka2024 #Abangbomba #Putrajaya #fypPutrajaya #MalaysiaTikTok #MalaysiaTok #fypKL #fypMalaysia #abangbomba #hijabiTok #kl #kualalumpur
Pertemuan itu ternyata menjadi detik yang mengubah perjalanan hidup mereka berdua.
Dalam beberapa bulan sahaja selepas pertemuan mereka, Alana memeluk agama Islam dan kemudiannya menjadi tunang kepada jejaka Malaysia itu.
Tidak lama kemudian, mereka pun diijabkabulkan dan membina kehidupan bersama sebagai suami isteri.
@alanadunsmore 15/1/2024 – I married my best friend & life partner Wan Muhammad Abbas Hassan Bin Wan Mahmood for the sake of God 🥹🩷 #Malaysia #KualaLumpur #MalaysiaTok #MalaysiaTikTok #KL #fypMalaysia #fypKL #MalaysiaWedding
Kini, setelah setahun berlalu, Alana dan suaminya kembali ke tempat di mana kisah mereka bermula.
Mereka tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sekali lagi sambutan Hari Merdeka Ke-67.
Kali ini, sambutan tersebut menjadi lebih bermakna buat mereka kerana pasangan itu ke sana sebagai suami isteri.
Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat semua yang mempercayai perancangan Allah yang tak terjangka.
Untuk info, suami kepada Alana merupakan seorang pelakon lelaki baharu, Abbas Mahmood atau nama sebenarnya Wan Muhammad Abbas Hassan Wan Mahmood.
Mereka telah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang sederhana pada 15 Januari 2024, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BACA: Ini Alasan Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu
BACA: Suami Isteri Tak Jadi Cerai Selepas Dengar Radio ERA Putar Lagu Kenangan Zaman Bercinta
BACA: Ini 5 Laman Web Paling Kerap Rakyat Malaysia Layari Sepanjang Ogos
Sumber: Alana Dunsmore via TikTok