Ini 5 Laman Web Paling Kerap Rakyat Malaysia Layari Sepanjang Ogos
Manusia dengan aktiviti di alam maya sememangnya dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi, ‘hubungan’ kita dengan pelbagai gajet elektronik boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku.
Hampir 90 peratus rutin harian kita, bermula dari saat kita mencelikkan mata sehingga berbaring semua di katil pada malam hari, bergantung kepada gajet dan internet.
Apabila ada sahaja masa terluang, tangan akan pantas manatal skrin telefon, meneroka semua aplikasi media sosial yang ada, mencari maklumat terkini dan sebagainya.
Malah, aktiviti seperti perbankan dan perkhidmatan kerajaan yang dahulu memerlukan kehadirian fizikal kini boleh diselesaikan secara dalam talian.
Jadi tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kita tidak dapat hidup dengan selesa dan mudah tanpa adanya peranti dan sambungan internet.
Menurut Forbes, bilangan pengguna internet dijangka meningkat sebanyak 47% daripada 5.35 bilion pegguna pada 2024 kepada 7.9 bilion pengguna menjelang 2029.
Lima laman web paling kerap rakyat Malaysia di bulan Ogos
Namun begitu, pernah tak anda terfikir apakah laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia misalnya dalam tempoh sebulan yang lepas?
Sebuah syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web baru-baru ini telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Ogos 2024.
Melalui laporan terkini di platform tersebut, tiga laman web paling popular dan kerap dilayari oleh rakyat negara ini diterajui oleh Google.com, Youtube.com dan Whatsapp.com.
Tidak mengejutkan Google.com menjadi laman sesawang paling banyak dilayari memandangkan ia merupakan enjin carian nombor satu di peringkat global.
Facebook platform media sosial paling popular di Malaysia
Sementara itu, salah satu produk di bawah kumpulan Meta, iaitu Facebook yang berada di tangga keempat muncul sebagai aplikasi media sosial paling kerap dilayari rakyat negara ini.
Manakala laman web Shopee.com yang berada di tangga kelima muncul sebagai platform e-dagang paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia yang mahu berbelanja secara dalam talian.
BACA: Bekas Pegawai Tentera Laut Ditahan, Didakwa Menyamar Jadi ‘Doktor Palsu’

Sumber: Similar Web