Siakap Keli
doktor palsu ditahan
Gambar: Bangkok Post

Bekas Pegawai Tentera Laut Ditahan, Didakwa Menyamar Jadi ‘Doktor Palsu’

Bekas Pegawai Tentera Laut Ditahan, Didakwa Menyamar Jadi ‘Doktor Palsu’

‘Doktor palsu’ ditahan di Bangkok didakwa atas tuduhan menjalankan perkhidmatan perubatan tanpa lesen selama 20 tahun.

Menurut Bangkok Post, lelaki berusia 55 tahun itu sebelumnya pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera laut.

Suspek ditangkap di sebuah klinik di Phetchaburi Soi 31, daerah Ratchathewi pada Jumaat, menurut pihak polis.

Difahamkan, penangkapan itu dilakukan susulan aduan daripada penduduk tempatan.

Aduan tersebut adalah mengenai sekumpulan ‘doktor palsu’ yang menyediakan perkhidmatan pengguguran bayi di klinik sekitar Jalan Phetchaburi.

Semasa serbuan, suspek mendakwa dia mempunyai lesen perubatan, namun pihak berkuasa tidak dapat mengesan maklumatnya dalam pangkalan data Majlis Perubatan Thailand.

Akhirnya, suspek mengaku bahawa dia telah beroperasi tanpa lesen sejak tahun 2004.

Klinik yang dikendalikannya di Phetchaburi Soi 31 telah beroperasi lebih dari 10 tahun.

Selain itu, keadaan bilik rawatan pesakit di tingkat atas klinik itu didapati dalam keadaan yang sangat teruk dan tidak selamat.

Suspek menjelaskan bahawa dia telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejururawatan dan bidan pada tahun 1989.

Kemudian, suspek dilantik menjadi pegawai kor perubatan tentera laut di sebuah hospital di daerah Sattahip, Chon Buri.

Untuk menambah pendapatannya, dia mula bekerja secara sambilan sebagai doktor tanpa lesen di klinik perubatan itu sejak tahun 2004.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sejauh mana kegiatan suspek dan sama ada terdapat mangsa lain yang terlibat.

BACA: Pelakon Suara Darth Vader & Mufasa Lion King Meninggal Dunia

BACA: Kenali “Mud Volcano” Yang Banyak Terdapat Di Sabah

BACA: Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

Sumber: Bangkok Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.