Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin, disahkan telah meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun, lapor Astro Awani.
Berita duka pemergian Allahyarham dikongsikan oleh adiknya kepada portal berita FMT.
“Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK,” katanya dalam mesej ringkas kepada FMT.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.
Beliau merupakan pengendali laman web Malaysia Today yang sering menyiarkan ulasan serta artikel berkaitan politik Malaysia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham menetap di Manchester.
Beliau terus aktif dalam penulisan dan menyuarakan pendapatnya mengenai politik Malaysia melalui platform digital walaupun dari luar negara.
BACA: Buka Pintu Pesawat Ketika Dalam Penerbangan, Lelaki Diarah Bayar RM2.3 Juta
BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah
BACA: Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Perlawanan Bola Sepak
Sumber: Astro Awani