Siakap Keli
pelakon suara darth vader meninggal dunia
Kredit: AFP

Pelakon Suara Darth Vader & Mufasa Lion King Meninggal Dunia

Pelakon Suara Darth Vader & Mufasa Lion King Meninggal Dunia

Pelakon terkenal dengan ‘suara bariton’ sebagai watak penjahat Darth Vader dalam filem “Star Wars”, James Earl Jones meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Menurut laporan AFP, Jones yang juga menyumbangkan suara bagi watak Mufasa dalam filem animasi Disney, “Lion King” mempunyai kerjaya yang prolifik dan pelbagai.

Selama lebih enam dekad dalam dunia seni, beliau telah bekerjasama dengan beberapa tokoh hebat dalam industri filem dan teater.

Ini termasuklah kolaborasi bersama pengarah terkenal, Stanley Kubrick, dalam filem satira “Dr Strangelove” pada tahun 1964.

Selain itu, Jones juga pernah berlakon dalam filem “Conan The Barbarian” yang dibintangi Arnold Schwarzenegger, serta filem “Field of Dreams” pada tahun 1989 bersama Kevin Costner.

BACA: Imbau Kenangan, Raja Azrey Jejak Kaki Ke Lokasi Asal Filem Seram “Blok 404”

Namun, peranannya sebagai Darth Vader, salah satu watak penjahat paling terkenal dalam industri filem, yang menjadikannya begitu dikenali.

Walaupun fizikal menggerunkan Darth Vader dilakonkan oleh pelakon British, David Prowse, namun suara jahat yang keluar dari watak lelaki bertopeng itu adalah hasil sumbangan Jones.

Jones juga yang menyumbangkan beberapa dialog paling ikonik dalam francais Star Wars, termasuklah ketika dia mendedahkan kepada Luke Skywalker, yang dimainkan oleh Mark Hamill, bahawa “Aku adalah ayahmu”.

Dalam pada itu, berita sedih kematian Jones turut dikongsikan oleh Mark Hamill di media sosial.

“#Rip dad,” tulisnya ringkas disertakan dengan emoji hati yang patah.

BACA: Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.