Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Raja Azrey Blok 404
Kredit: Raja Azrey via TikTok

Imbau Kenangan, Raja Azrey Jejak Kaki Ke Lokasi Asal Filem Seram “Blok 404”

Iqbal Yasir

Imbau Kenangan, Raja Azrey Jejak Kaki Ke Lokasi Asal Filem Seram “Blok 404”

Kalau anda membesar dalam era 90-an, pasti filem seram berjudul “Blok 404” tidak asing lagi bagi anda.

Filem ini, yang pernah digelar sebagai salah satu karya seram paling menakutkan ketika itu, berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Terutamanya buat mereka yang gemar menonton filem melalui cakera padat (CD).

Malah, ada yang menonton berulang kali, baik sendirian mahupun bersama rakan-rakan serta keluarga.

Siapa yang boleh lupa adegan-adegan menyeramkan dalam filem ini, terutama sekali latar belakang rumah sewa yang menjadi fokus utama penggambaran?

Baru-baru ini, Raja Azrey, salah seorang pelakon utama filem tersebut, berkongsi di TikTok mengenai kunjungannya ke rumah asal lokasi penggambaran filem itu.

Dalam video tersebut, Azrey mengimbau kenangan manisnya ketika melangkah kembali ke lokasi yang pernah membawa nama “Blok 404”.

Melempias rindu yang bersarang di hati

Raja Azrey menjelaskan bahawa rumah yang terletak di Kajang, Selangor itu kini telah banyak berubah.

Pokok-pokok yang dahulunya rimbun serta perabot di dalam rumah tersebut tidak lagi sama seperti dahulu. Akan tetapi, struktur reka bentuk rumah itu masih kekal seperti yang diingatinya.

Pelakon yang kini berusia 46 tahun itu turut berkongsi tentang betapa mendalamnya rindu yang dirasakannya terhadap setiap sudut rumah tersebut.

Setiap ruang seperti balkoni, tingkap, tangga dan kawasan pintu masuk mengingatkannya kepada detik-detik sewaktu filem itu dirakam.

“Memang seronok kalau dapat datang kembali ke tempat di mana saya berlakon pada tahun 2001 dahulu, sekarang dah tahun 2024.

“Ya Allah menggamit kenangan, saya di sini bersama dengan kawan-kawan saya masa tu Zamarul, Nabila, Arwah Faizal Yusof, Boy Iman dan arwah Ahmad B,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azrey dalam perkongsiannya juga berharap agar diberikan rezeki untuk menghasilkan semula filem “Blok 404” dalam versinya sendiri.

Untuk info, filem “Blok 404” mengisahkan sekumpulan pelajar universiti yang berpindah ke sebuah rumah sewa baharu.

Di rumah tersebut, mereka mula mengalami kejadian aneh dan mengerikan, sehingga membawa kepada kematian satu demi satu penghuni rumah itu.

Filem seram ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zamarul Hisham (Irwan), Nabila Huda (Nurisa), Boy Iman (Bahar), Raja Azrey (Mat Din).

Selain itu, Allahyarham Faizal Yusup (Aslan), Haslina Romli (Mazni), Choi Khoon Keong (Ah Kit) dan Allahyarham Ahmad B yang memainkan watak tukang kebun.

BACA: Maroon 5 Kembali Ke Malaysia Selepas 12 Tahun

BACA: Pesona Air Terjun O’ong Pejik Persis Niagara Falls, Memukau Pecinta Alam

BACA: Harimau Malaya Dijangka Lonjak Ke Ranking 131 Dunia

Sumber: Raja Azrey via TikTok