Siakap Keli
satu juzuk al-quran setiap minggu
Sumber: Astro Gempak

Ini Alasan Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

Ini Alasan Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

Pelakon dan pelawak terkenal, Pak Ya, baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi kisah dan nasihat yang membuatkan ramai sebak.

Dalam satu perkongsian, Pak Ya menjelaslan dia kini sentiasa berusaha mencari peluang untuk menghabiskan satu juzuk Al-Quran setiap minggu.

Pak Ya atau nama sebenarnya, Ilya Buang, meluahkan penyesalan atas perkara yang tidak boleh dilakukannya semasa hayat ibunya masih ada.

“Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya,” ujarnya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform.

@astrogempak

GempakNews:”Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada..saya tak bagi bantuan sebaiknya,” itu luahan pelakon dan juga pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini. Klik link dibawah untuk artikel penuh

♬ OPICK rapuh – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ κ§‚

Mengakui kesilapan itu telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya, Pak Ya berkongsi kini sedang mencuba untuk menebus kealpaan itu semampunya.

Ini termasuklah dengan menitipkan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dihadiahkan buat arwah ibu tercinta.

“Dan itulah yang saya buat sekarang ini yang mana tiap-tiap minggu saya kena habiskan satu juzuk setiap minggu untuk mak saya.

“Memang saya cari masa untuk mak saya. Itulah khidmat kita yang boleh kita buat untuk mak kita yang telah tiada,” katanya.

Gagal menahan sebak, Pak Ya juga berkongsi betapa pentingnya khidmat seorang anak kepada orang tua, terutamanya apabila mereka telah tiada.

Baginya, amalan seperti doa dan bacaan Al-Quran adalah satu bentuk bakti yang tidak ternilai.

BACA: “Keluarga Dari Malaysia” Ini Rupanya Pemilik Tanah Persendirian Ke-2 Terbesar Di New Zealand

Dalam pada itu, sebagai seorang ayah, Pak Ya turut mengharapkan hal yang sama buat anak-anaknya.

“Bukan untuk ayah sorang tapi untuk diri sendiri. Kalau kita nak selamat di dunia, kita mesti selamatkan diri kita di akhirat.

“Insya-Allah, kalau kita selamatkan orang tua kita dalam kubur, insya-Allah di kubur nanti kita akan selamat,” katanya yang menasihati orang ramai agar tidak berkira dalam berbakti kepada orang tua.

Tambahnya lagi, memberi wang ringgit atau apa-apa sahaja bantuan kepada orang tua tidak akan menjadikan seseorang anak itu jatuh miskin.

“Sebenarnya inilah yang Allah ada cakap… kalau kita berkhidmat untuk orang tua, apa sahaja termasuk wang ringgit atau tenaga, Allah akan balas berlipat ganda.

“Jadi jangan takut untuk keluarkan wang ringgit untuk mereka. Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu dari segi wang ringgit kita berdoa dan bacalah Al-Quran,” katanya.

BACA: Tak Dibaiki, Pemuda Lukis Seni Abstrak Pada Jalan Rosak Teruk

BACA: Ini 5 Laman Web Paling Kerap Rakyat Malaysia Layari Sepanjang Ogos

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.