Siakap Keli
Perli Pemerintah
Kredit: iNews Semarang

Tak Dibaiki, Pemuda Lukis Seni Abstrak Pada Jalan Rosak Teruk

Tak Dibaiki, Pemuda Lukis Seni Abstrak Pada Jalan Rosak Teruk

Kemudahan jalan raya yang membolehkan pengangkutan darat beroperasi setiap hari merupakan satu keperluan asasi bagi setiap wilayah yang berpenghuni.

Tidak kira di kawasan kota-kota besar atau desa terpencil, infrastruktur ini tetap perlu disediakan dan dipastikan berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

Dengan adanya jalan raya, pergerakan manusia ke mana-mana destinasi menjadi lebih mudah dan teratur. Malah, kawasan-kawasan di mana aktiviti ekonomi berjalan dapat dihubungkan dengan orang ramai.

Ia sekaligus akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk mencari sumber pendapatan.

Jalan tak dibaiki, pemuda lukis seni abstrak pada permukaan jalan rosak

Biasanya, penyelenggaraan jalan raya seperti menampal lubang-lubang yang ada pada permukaan menjadi tanggungjawab kepada pemerintah.

Namun begitu, ada kalanya kerosakan yang muncul mengambil masa yang terlalu lama untuk dibaiki. Apabila berlarutan, ia sudah tentu akan menjejaskan kehidupan dan aktiviti seharian penduduk setempat.

Baru-baru ini, tindakan seorang pemuda menjadikan jalan raya yang rosak teruk sebagai bahan seni abstrak telah tular di media sosial.

Menurut portal iNews Semarang, kejadian berkenaan berlaku di sebuah kampung di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia.

Mesej kepada pihak bertanggungjawab supaya jalan segera dibaiki

Difahamkan, tindakan pemuda berkenaan adalah merupakan satu mesej kepada pihak yang bertanggungjawab supaya segera memperbaiki kerosakan pada jalan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @surakartakita di Instagram, dapat dilihat jalan berkenaan dicat dengan garisan putih tidak lurus selain bentuk bulat mengikut keadaan permukaan jalan.

BACA: Ular Sawa Gergasi ‘Muncul’ Melingkar Atas Siling Rumah

BACA: Dipercayai Meninggal 4 Tahun Lalu, Rangka Warga Emas Ditemui Dalam Rumah

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sementara itu, kerosakan-kerosakan besar jelas kelihatan pada permukaan jalan berkenaan. Antara kerosakan yang dapat dilihat adalah seperti jalan berlubang, jalan pecah di bahagian sisi serta permukaan yang tidak rata.

Sumber: iNews Semarang

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.