Siakap Keli
Gambar: RXZ Members - Official

MB Terengganu Ucap Selamat Datang, Jemput “RXZ Members” Imarahkan Masjid & Surau

MB Terengganu Ucap Selamat Datang, Jemput “RXZ Members” Imarahkan Masjid & Surau

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan selamat datang kepada semua peserta RXZ Members 6.0 yang akan berkumpul di negeri itu.

Acara yang dijangka akan menghimpunkan lebih 80,000 peserta dari seluruh negara itu akan bermula hari ini sehingga Sabtu di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.

“Selamat datang buat semua peserta RXZ Members 6.0 yang akan membuka tirai cuti sekolah ini di Terengganu International Drag Strip Gong Badak, Kuala Nerus.

“Selamat datang juga buat semua pelancong ke Negeri Terengganu Darul Iman.

Berhati-hati ketika memandu, patuhi undang-undang yang ditetapkan dan jaga etika ketika berada di jalan raya. Jika penat, berhenti rehat dan solat,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengajak semua peserta untuk bersama-sama mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid yang ada di negeri berkenaan.

“Semoga selamat perjalanan datang dan pulang nanti,” kata beliau lagi.

Polis ingatkan peserta sentiasa patuhi peraturan ditetapkan

Terdahulu Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin menekankan kepada penganjur dan peserta RXZ Members 6.0 agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Kita dah beberapa kali melakukan perjumpaan dengan penganjur. Itulah kita tekankan untuk pastikan kehadiran peserta mematuhi undang-undang.

“Mungkin kita boleh ambil kira (tidak memberi lesen kepada penganjur jika ada banyak pelanggaran undang-undang),” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis akan melakukan rondaan di semua daerah, siang dan malam, terutamanya di kawasan perumahan, serta menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Terengganu.

“Kita meningkatkan SJR dengan memberi fokus pada lokasi ‘hotspot’ di sekitar Kuala Terengganu.

“Kita juga akan mengadakan penutupan di jalan utama Litar Permotoran Terengganu. Hanya motosikal dibenarkan masuk bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam sepanjang program itu berlangsung,” ujarnya.

https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/posts/pfbid0g83gVBAY1EW1aC9tgvLLdZREq56ENnfKk15Hty9AaRF99L3mw1eUKAVow63hmDUYl

BACA: Kanak-kanak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual -Polis

Sumber: MB Terengganu

 

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.