Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, beliau mendoakan agar Tun Dr Mahathir terus dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.
“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Dalam perkongsian sama, Anwar turut memuat naik dua keping gambar, termasuk sekeping yang memaparkan beliau bersama Tun Dr Mahathir ketika menghadiri sebuah majlis.
Hantaran ringkas itu menerima perhatian ramai warga maya yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahiran negarawan berusia 101 tahun itu.