Tampil Dengan Matcha Chocolate Royale Dan Mocha Royale Baharu – Raikan 37 Tahun Keajaiban Ice Blended®
Kuala Lumpur, 12 September 2024 – The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan keluaran terbaharunya, rangkaian Chocolate Royale, yang menampilkan Matcha Chocolate Royale Ice Blended® dan Mocha Royale Ice Blended®. Tambahan baharu ini adalah bagi meraikan warisan inovasi dan kecemerlangan jenama itu yang telah melahirkan minuman Ice Blended® pertama pada tahun 1987.
Bagi meneruskan kesinambungan warisan ini, rangkaian Chocolate Royale telah direka khas buat mereka yang mengidamkan kenikmatan coklat yang tiada bandingan.
Chocolate Royale bukan sekadar satu minuman istimewa; ia meraikan citarasa mewah yang menyatukan bahan-bahan bermutu tinggi dengan semangat kami untuk menghasilkan minuman yang unik.
Datuk M. Amar Shah, DPSM, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berkata: “Rangkaian Chocolate Royale kami mencerminkan komitmen teguh kami untuk memberikan pengalaman yang semewah-mewahnya. Dengan melancarkan Matcha Chocolate Royale dan Mocha Royale Ice Blended®, kami telah melonjakkan kenikmatan coklat klasik ke tahap baharu, dengan menyatukan kekayaan warisan kami dengan citarasa kontemporari untuk membahagiakan pelanggan kami.”
Nikmati gabungan rasa yang sofistikated dengan Matcha Chocolate Royale Ice Blended® – kehalusan matcha berumami dicampur dengan serbuk biskut yang lazat, diakhiri dengan krim putar berperisa coklat yang mewah serta siraman coklat, melahirkan satu minuman yang menggamit selera.
Mocha Royale Ice Blended® pula pasti membawa anda dalam perjalanan rasa yang memukau dengan gabungan baldu coklat premium dan kopi yang berani, memberikan rasa kepuasan mendalam pada setiap tegukan. Kedua-dua minuman ini boleh didapati dalam saiz kecil (RM18) dan biasa (RM19). Setiap minuman ini dihasilkan dengan kepakaran tinggi bagi menjanjikan nikmat kemewahan yang diidamkan oleh penggemar coklat dan kopi.
Bagi melengkapkan kemewahan rangkaian Chocolate Royale, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia turut memperkenalkan pilihan pastri dan makanan baharu yang lazat seperti Garlic Bagel, Tom Yam Chicken Pie dan Chicken Quesadillas. Menu baharu ini dirumus dengan teliti agar sempurna dipadankan dengan Matcha Chocolate Royale dan Mocha Royale Ice Blended® bagi melonjakkan lagi kepuasan pelanggan.
Tidak kira anda peminat hidangan manis atau masin, tambahan baharu ini akan menyemarakkan lagi pengalaman Chocolate Royale anda, menjadikan setiap kunjungan ke kafe kami sukar dilupakan!
Bulan ini, kunjungan anda ke The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan lebih mengujakan dengan promosi istimewa kami.
- Aktiviti Stampcard ‘Sip Your Style’ (9 September – 9 Oktober): Kumpul 10 cop (perbelanjaan minimum RM35 setiap satu) untuk mendapatkan Elemental Tumbler percuma bernilai RM108!
- Promosi Hari Malaysia (15 – 16 September): Nikmati dua minuman Ice Blended® 12oz pada cuma RM16. Terhad kepada 4 cawan setiap pelanggan (tidak termasuk rangkaian Chocolate Royale dan Matcha).
- Promosi Bundle RM15 (17 September – 14 Oktober): Nikmati Latte atau Coklat Panas bersama satu Croissant pada cuma RM15.
**Tertakluk pada terma dan syarat.
The Coffee Bean & Tea Leaf® akan terus berinovasi dan mencipta citarasa yang memenuhi selera setiap pelanggan. Sebagai perintis minuman Ice Blended®, The Coffee Bean & Tea Leaf® kekal komited dalam menawarkan nikmat kemewahan yang diidamkan oleh pelanggan. Rangkaian Chocolate Royale adalah bukti kepada warisan ini, dengan menawarkan kelazatan coklat yang tiada bandingan kepada rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.