Siakap Keli
nora sah rujuk suami
Kredit: Datuk Nora Ariffin

Nora Ariffin Sudah Rujuk Semula Dengan Suami

Nora Ariffin Sudah Rujuk Semula Dengan Suami

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Wan Norafizah Wan Ariffin atau Nora mengesahkan telah merujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli, lapor Gempak.

Menurut satu portal berita, Nora yang kini berada di Kemboja bersyukur apabila kemelut rumahtangga mereka sudah berakhir. Walau bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan proses rujuk tidak didedahkan.

“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

BACA: Sah, Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

“Ia tidak lama selepas peristiwa itu berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nora meminta supaya orang ramai mendoakan mereka dan ambil iktibar dari apa yang berlaku.

“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” tambahnya lagi.

BACA: Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Terdahulu, penyanyi itu berkata dia menyerahkan kepada takdir apabila ditanya berkenaan kemungkinan untuk rujuk semula dengan bekas suami dalam sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Afirrin 30 Years Journey di BsyncLive Hall.

Imbas kembali, Nora telah memuat naik video suami yang menceraikannya dengan talak satu menerusi laman Instagram. Video sepanjang 52 saat itu tular dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

Biarpun begitu, Nora tetap memihak kepada bekas suaminya dan memaklumkan bahawa perceraian itu bukan kehendak bekas suaminya itu.

BACA: Penyanyi Nora Ariffin, Suami Cerai Talak Satu

Sebagai makluman, Nora bergelar isteri kepada pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu pada 2021. Sebelum dinikahi Rushdi, Nora telah dikurniakan empat cahaya mata bersama Allahyarham Johan Nawawi, yang juga sahabat baik kepada Rushdi.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 ketika berusia 52 tahun akibat serangan jantung. Penyanyi ‘Samudera’ itu pernah meluahkan perjuangannya bersama arwah Johan kekal abadi selamanya.

Sementara itu, Konsert Hanya Satu Datuk Nora Afirrin 30 Years Journey bakal berlangsung pada 18 Disember di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). Menurutnya, konsert tersebut merupakan saat yang dinanti Nora selama 30 tahun sejak dia mula berkecimpung dalam dunia nyanyian.

Perjalanannya dalam kerjaya seni bermula apabila bakatnya yang luar biasa itu dikenali menerusi Bintang HMI sekaligus dinobatkan sebagai juara pada 1991.

 

Sumber: Gempak, Datuk Nora Ariffin

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.