Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
villa ratu victoria dijual
Sumber: CNN
Tiada Kategori

Villa Kegemaran Ratu Victoria Dijual Lebih RM250 Juta

Hannah

Villa Kegemaran Ratu Victoria Dijual Lebih RM250 Juta

Villa Palmieri, yang pernah menjadi destinasi percutian kegemaran Ratu Victoria, kini dijual dengan harga lebih €50 juta (RM250 juta).

Terletak di kawasan bukit di pinggir Florence, Itali, villa ini dipenuhi sejarah dan menjadi tumpuan kerana disebut dalam salah satu karya sastera terbesar Itali.

Dengan keluasan hampir 4,000 meter persegi, serta taman seluas sembilan hektar, ia merupakan salah satu kawasan hijau terbesar di Florence.

Menurut kenyataan daripada Dreamer Real Estate, yang menguruskan jualan ini, villa tersebut menawarkan pelbagai kemudahan mewah.

Sumber: CNN

Terdapat helipad, gelanggang tenis, kolam renang purba dan taman yang indah.

Di dalamnya pula, terdapat 23 bilik tidur dan 19 bilik mandi, semuanya dihiasi dengan reka bentuk mewah di sekitar sebuah halaman dalaman.

BACA: 60 Orang Awam Terkandas Di Kolam Puteri

Villa Palmieri dibina sejak abad ke-14 dan pertama kali dimiliki oleh keluarga Fini sebelum dibeli oleh Matteo di Marco Palmieri pada tahun 1454.

Pada tahun 1760, villa ini berpindah ke tangan Inggeris apabila Earl Cowper ketiga membelinya, dan kemudian dimiliki oleh Earl of Crawford dan Balcarres.

Ratu Victoria pertama kali menginap di sini pada tahun 1888 selama sebulan, dan kembali lagi pada tahun 1893 dan 1894.

Sumber: CNN

Plak yang memperingati lawatan baginda masih dapat dilihat di beberapa pokok di taman.

Ketika berada di villa itu, Ratu Victoria membawa pelbagai barangan dari England.

Termasuk katil, sofa, meja tulis dan dua potret suaminya yang telah meninggal dunia, Putera Albert, lapor New York Times pada 1888.

Sebelum dikaitkan dengan Ratu Victoria, villa ini turut mempunyai hubungan dengan penulis terkenal Itali, Giovanni Boccaccio, yang dikatakan menggambarkan tamannya dalam karyanya yang masyhur, “Decameron”.

Kini, villa tersebut masih memelihara peninggalan sejarahnya, seperti lukisan fresco, patung dan bust.

Malah, ia telah menjadi lokasi bagi acara mewah, termasuk koleksi fesyen Givenchy dan majlis perkahwinan eksklusif.

BACA: Pemimpin Masyarakat Disaran Mohon Dana SejaTi MADANI, Jana Ekonomi Setempat – FAHMI

BACA: Gempa Bumi 5.7 Pada Skala Richter Landa Barat Indonesia

Sumber: CNN