Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Dana SejaTi MADANI
Sumber: BERNAMA

Pemimpin Masyarakat Disaran Mohon Dana SejaTi MADANI, Jana Ekonomi Setempat – FAHMI

Hannah

Pemimpin Masyarakat Disaran Mohon Dana SejaTi MADANI, Jana Ekonomi Setempat – FAHMI

SIPITANG, 15 Sept (Bernama) — Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan rukun tetangga, disaran memohon dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata untuk program itu, kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pusat menyediakan peruntukan sehingga RM100,000 dan permohonan masih dibuka hingga 30 Sept.

“Saya sarankan kepada semua yang masih belum memohon dana SejaTi MADANI untuk segera berbuat demikian, dengan mendapatkan maklumat melalui laman web SejaTi MADANI yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, di sini hari ini.

Fahmi berkata terdapat lima sektor yang menjadi tumpuan dalam program SejaTi Madani, iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya di program tersebut berkata dana berkenaan disediakan Kerajaan Persekutuan bagi mengupayakan komuniti melalui aktiviti sosioekonomi yang dinyatakan.

BACA: Gempa Bumi 5.7 Pada Skala Richter Landa Barat Indonesia

Selain itu, beliau turut menyeru masyarakat setempat agar memanfaatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kerana pelbagai maklumat serta kemahiran yang disediakan di pusat itu, boleh membantu mereka untuk meningkatkan taraf hidup.

“Dahulu dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tetapi sekarang sebagai NADI, dan beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan di pusat ini. Tujuannya kita tidak mahu rakyat hanya berkumpul di sini, sebaliknya memanfaatkan kemahiran diperoleh di sini untuk menambah pendapatan.

“Semasa lawatan di NADI Mesapol tadi saya lihat ada yang mengusahakan kek lapis Sarawak, sampai ke Sipitang ada kek ini. Saya ke Kundasang, ada yang mengusahakan sambal tuhau, sedap dan NADI boleh membantu membangunkan usahawan tempatan dengan memasarkan produk melalui Internet,” katanya.

Sebelum itu Fahmi turut meluangkan masa melawat pusat NADI Mesapol yang ditubuhkan pada tahun lepas, selain bertemu pengurus pusat serta para usahawan.

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

BACA: Lebih 51,000 Pelancong Ke Thailand Melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

Sumber: BERNAMA