Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelancong malaysia ke thailand
Sumber: BERNAMA

Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Manfaatkan Cuti Panjang Berkunjung Ke Selatan Thailand

Hannah

Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Manfaatkan Cuti Panjang Berkunjung Ke Selatan Thailand

SONGKHLA, 16 Sep (Bernama) — Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (100 Baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha berkata lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki Wilayah Songkhla melalui tiga pintu masuk utama, iaitu Sadao, Dan Prakob, dan Padang Besar pada 14 September lepas dengan kesesakan dilaporkan bermula seawal 5 pagi hingga 11 malam, terutama di kawasan Hat Yai.

“Tinjauan pihak berkuasa di Wilayah Selatan Thailand menunjukkan bahawa sepanjang cuti panjang ini -Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin – lebih 100,000 pelancong dari Malaysia telah mengunjungi Selatan Thailand, terutama Hat Yai, Songkhla, serta wilayah berdekatan seperti Phatthalung, Trang, dan Krabi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau juga memaklumkan bahawa lebih 400 hotel dengan lebih 30,000 bilik telah ditempah penuh sepanjang cuti ini, dengan anggaran pendapatan lebih daripada 1 bilion Baht.

BACA: Feri Bawa 567 Penumpang Ke Langkawi ‘Tersangkut’, Tiga Lagi Terpaksa Berpatah Balik

Sementara itu, Roosfa Hashim, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Bandar Baru Bangi berkata beliau telah mengunjungi Selatan Thailand sejak 30 tahun lepas ketika melakukan kajian untuk Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Jarak perjalanan yang dekat, harga penginapan yang berpatutan, serta mudahnya mendapatkan makanan halal menjadikan Selatan Thailand destinasi pilihan utama bagi pelancong Malaysia. Secara keseluruhannya, melancong ke Selatan Thailand adalah mudah, murah, serta menawarkan keselesaan dan kepuasan,” katanya.

Roosfa yang ditemui di Pattani menambah bahawa destinasi popular bagi pelancong Malaysia termasuk Hat Yai, Krabi, dan Phuket kerana jaraknya yang dekat serta adanya kemudahan pengangkutan awam yang cekap, baik melalui jalan darat mahupun udara.

Ramlah Abdul Rashid, seorang guru dari Sabah pula berkongsi pengalamannya yang suka berkunjung ke Pattani kerana terdapat banyak makanan halal yang enak dan murah.

“Tomyam dan sup di sini lebih asli dan sedap, selain makanan laut yang segar. Nasi Kerabu Diraja di sini juga sangat lazat dan disajikan dengan persembahan yang menarik,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa di Pattani, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional, termasuk kuih-muih seperti Kuih Tepung Bongkol dan Kuih Cek Mek Molek yang lembut dan enak.

BACA: Bas Bawa 33 Penumpang Dilapor Kemalangan

BACA: Tujuh Individu Sesat Ketika Mendaki Bukit Maras

Sumber: BERNAMA