Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sumber: Sinar Harian

Bas Bawa 33 Penumpang Dilapor Kemalangan

Hannah

Bas Bawa 33 Penumpang Dilapor Kemalangan

Sebuah bas persiaran dua tingkat yang membawa 33 penumpang berserta seorang pemandu dipercayai telah terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 273.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, tiga orang penumpang di tingkat bawah bas dilaporkan tersepit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut sekitar jam 1.10 pagi.

Menurut beliau, sebaik sahaja menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh segera dikejarkan ke lokasi dengan bantuan dari BBP Simpang Pulai, BBP Meru Raya dan BBP Tambun.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dua tingkat terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit di antara kerusi penumpang dan mengalami kecederaan, manakala 30 mangsa di tingkat atas mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar dengan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komander operasi telah menjalankan penilaian awal (size-up) dan menggunakan konsep SAVER.

Anggota penyelamat kemudian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menarik pelaras kerusi dan mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung.

Sumber: Astro Awani
Sumber: Sinar Harian

Tambah beliau, ketiga-tiga mangsa yang tersepit kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk dibawa ke hospital.

Sementara itu, 31 mangsa lain termasuk pemandu menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS dari BBP Tambun dan BBP Meru Raya.

Operasi penyelamatan, yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Saharudin Omar, tamat pada jam 2.45 pagi.

BACA: Tiga Kematian Babit Peserta RXZ Members 6.0 Direkodkan

BACA: Tujuh Individu Sesat Ketika Mendaki Bukit Maras

BACA: Tular Tunggang Basikal Lajak Secara Bahaya, Polis Kesan Kumpulan Remaja

Sumber: Sinar Harian