Jenama Pilihan Mak-Mak, Tupperware Dilapor Sedia Fail Permohonan Muflis
Syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur, Tupperware Brands dilapor bersedia untuk memfailkan permohonan muflis pada minggu ini.
Ia selepas syarikat itu dikatakan bergelut dalam usahanya selama setahun untuk memulihkan kembali perniagaan yang terjejas akibat pengurangan permintaan.
Bagaimanapun, rancangan untuk menfailkan permohonan muflis itu dikatakan masih belum dimuktamadkan dan boleh berubah. Manakala wakil daripada jenama tersebut enggan memberikan sebarang komen setakat ini.
Tupperware dilapor sedia fail permohonan muflis
Jenama itu mahu mendapatkan perlindungan mahkamah selepas pihaknya dilapor melanggar syarat pembayaran hutang, serta mahu mendapatkan nasihat undang-undang dan khidmat pakar kewangan.
Persediaan untuk menfailkan permohonan untuk diisytiharkan muflis itu turut akan disusuli dengan rundingan bersama beberapa pihak yang memberikan pinjaman kepada jenama itu.
Ia termasuklah cara untuk menguruskan hutang berjumlah lebih USD 700 juta.
Sebelum ini, peminjam telah memberikan sedikit ruang kepada Tupperware selepas melanggar syarat-syarat perjanjian hutang. Bagaimanapun perniagaan jenama itu terus merosot.
Tupperware dikatakan sudah bertahun-tahun memberi amaran tentang keupayaannya untuk meneruskan perniagaan.
Pada Jun lepas, syarikat itu merancang untuk menutup kilang tunggalnya di Amerika Syarikat dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja.
Jenama itu juga pernah menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Miguel Fernandez dan beberapa ahli lembaga pengarah yang lain pada 2023 sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan perniagaan.
Mereka kemudiannya melantik Laurie Ann Goldman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.
BACA: Hari Pertama MAHA 2024 Dah Meriah, Tapi Awal-awal Lagi Ramai Dah ‘Serang’ Booth Merah Ni
BACA: Siap Ada ‘Floating Market’, Ini 6 Tarikan Terbaru MAHA 2024, Kali Ini Lebih Mendonia
Tupperware Brands telah beroperasi selama 80 tahun
Produk plastik Tupperware mula menemui pengguna pada 1946 selepas pengasasnya, Earl Tupper mencipta bekas dengan penutup kedap udara fleksibel.
Jenama itu dengan pantas mendapat perhatian rakyat Amerika Syarikat, khususya dengan cara ia dijual menerusi parti jualan yang dianjurkan oleh pengguna wanita.
Syarikat itu kemudian terus bergantung kepada jualan langsung oleh sekumpulan besar penjual amatur sepanjang tempoh 80 tahun beroperasi.
Setakat 2022, terdapat lebih 300,000 penjual bebas jenama itu direkodkan.
BACA: Mirip ‘Pasang Badan’ DJ Nazz, Aksi ‘Pasang Masjid’ Dengan Imam Buat Ramai Terhibur
Sumber: The Straits Times, Bloomberg