Mirip ‘Pasang Badan’ DJ Nazz, Aksi ‘Pasang Masjid’ Dengan Imam Buat Ramai Terhibur
Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi menyaksikan kemunculan pelbagai platform media sosial yang menjadi ‘teman’ baik manusia pada hari ini.
Dengan adanya media sosial, orang ramai boleh menghasilkan pelbagai kandungan kreatif yang kemudiannya boleh dikongsikan untuk ditatap bersama dengan rakan maya yang lain.
Selain itu, media sosial juga menjadi antara alat paling berkesan untuk menyebarkan mesej atau informasi berfaedah seluas yang mungkin.
Maka tak hairanlah, media sosial turut menjadi medan untuk para pendakwah menyebarkan dakwah tentang agama Islam dengan cara yang lebih kreatif.
Inilah yang dilakukan oleh Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor yang sebelum ini sering tular dengan dakwah berbentuk kreatif menerusi platform TikTok.
‘Pasang masjid’ ala-ala Pasang Badan DJ Nazz undang ketawa ramai
Kreativiti ahli masjid ini dalam mencipta kandungan media sosial sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila membuat parodi DJ Nazz sedang menemu ramah selebriti dan artis tempatan.
Untuk makluman, DJ Nazz merupakan seorang penyampai radio yang berkhidmat dalam Molek FM sejak tahun 2022.
Selain menjadi penyampai radio, DJ Nazz juga aktif menjadi hos dalam segmen ‘Pasang Badan’ yang menanyakan tentang fesyen yang digayakan artis tempatan termasuk pakaian, aksesori dan sebagainya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @masjidbspofficial, dua individu ini memaparkan lakonan semula yang diadaptasikan daripada segmen ‘Pasang Badan’ tetapi diubah menjadi segmen ‘Pasang Masjid’.
“Tergeliat-geliat, ada kerengga masuk seluar ke?”
Apa yang lebih menghiburkan lagi, mereka kreatif membuat skrip baru dan mengikut gaya seperti DJ Nazz ketika menemuramah tetamunya.
Difahamkan, ‘tetamu’ dalam segmen ‘Pasang Masjid’ merupakan seorang imam dan pengamal Ruqyah Syar’iyyah di Masjid Bandar Seri Putra yang dikenali sebagai Imam Fahmi.
Dalam pada itu, Imam Fahmi sempat memberitahu bahawa dia melihat jin di dalam badan hos berkenaan. Ternyata ia merupakan gurauan kerana beliau merujuk kepada seluar ‘jeans’ yang disarung oleh hos tersebut.
“Wow ustaz, sememangnya anda pandai membuat lawak jenaka,” ujar hos berkenaan dengan gaya DJ Nazz.
Ramai suka cara dakwah yang kreatif seperti ini
Ketika disoal tentang penampilannya, beliau memberitahu kopiah yang dipakai merupakan milik Masjid Bandar Seri Putra, manakala serban dan jubah pula dari kota Madinah.
“Jadi, ia adalah kolaborasi antarabangsa?” gurau hos berkenaan.
Video berdurasi 2:24 minit itu turut menyelitkan dakwah iaitu cara mendekatkan diri dengan Nabi Muhammad SAW selain mengikuti sunnah baginda.
BACA: Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don Meninggal Dunia
@masjidbspofficial Selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H! Jom perbanyakkan selawat dan amalkan sunnah Nabi dalam rutin kehidupan. Kepada anda yang berminat nak sertai Kibar Madinah, hubungi Admin @KUISCELL SDN. BHD. 011-2899 0687 untuk info lanjut. #maulidurrasul2024 #selawat #sunnah #kibarmadinah #pasangbadan #djnazz #masjidbandarseriputra #kuiscell
♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra
Sumber: masjidbspofficial via TikTok