Pokok Tumbang, Tular Kejadian Angin Kuat Landa Kawasan Sekitar R&R Gurun Hari Ini
Beberapa rakaman yang menunjukkan kejadian angin kuat dan hujan lebat yang melanda kawasan sekitar Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, Kedah menjadi tular di media sosial hari ini.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa batang pokok yang berdekatan kemudahan itu turut tumbang.
Di samping itu, pengguna media sosial memaklumkan bahawa batang pokok yang tumbang telah tumbang di dua lokasi iaitu susur keluar RnR Gurun arah selatan dan laluan utama berhampiran RnR arah utara.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
https://www.facebook.com/fadliamzar/posts/pfbid02VD4pthfEn4dEf9WUnnEnf8qjdqK2tUNZatyMkX363bM3UusU9ZxdmzvFjE9AAZNZl
https://www.facebook.com/100001417336554/videos/pcb.8332643520126143/1753236952179162
https://www.facebook.com/100001417336554/videos/pcb.8332643520126143/896070349051609
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri Utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkuatkuasa sehingga 19 September ini.
MetMalaysia berkata, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di Utara Semenanjung dan Barat Sabah dijangka berterusan sehingga 21 September.
Difahamkan, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut selain angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan serta Selat Melaka Utara.
Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia.
BACA: Air Pasang Besar Dilapor Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Hari Ini
Sumber: Facebook