Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar

Air Pasang Besar Dilapor Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Hari Ini

Athirah

Air Pasang Besar Dilapor Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Hari Ini

Kejadian air pasang besar dilapor berlaku di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang, hari ini.

Beberapa video yang merakam kejadian berkenaan turut dimuat naik ke media sosial oleh orang ramai serta ahli politik dan menjadi tular sehingga ke saat ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, beliau berkongsi keadaan air pasang besar yang berlaku di sekitar Padang Kota.

Air laut dilihat naik melimpah sehingga melepasi kawasan tempat duduk pengunjung di tepi pantai.

Manakala menerusi video yang dimuat naik di Facebook ADUN PH N38 Bayan Lepas (Dato’ Azrul Mahathir Bin Aziz) pula, kejadian air pasang besar turut dilapor berlaku di kawasan Pantai Teluk Bayu.

Beliau turut berpesan agar penduduk kawasan berkenaan berhati-hati dan peka dengan perubahan cuaca semasa.

“Ambil tindakan segera jika ada pertimbangan risiko kemungkinan apa yang akan terjadi dengan keadaan semasa kini,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, lokasi seperti Padang Kota (Esplanade) terjejas agak teruk disebabkan air laut melimpah ke ruang pejalan kaki sehingga tempat letak kereta di situ.

Video itu turut memaparkan air laut melimpah masuk sehingga ke medan selera Medan Renong. Selain itu, para pelanggan dan peniaga kelihatan sedang berlindung dan berdiri jauh dari kawasan pantai.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Menurut Bernama, hampir 200 laporan pokok tumbang direkodkan di seluruh Pulau Pinang sejak Ahad lepas ekoran hujan lebat dan angin kencang yang turut menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak di sembilan lokasi di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata negeri itu turut mencatatkan taburan hujan sebanyak 110 milimeter (mm) hari ini hingga menyebabkan banjir kilat di 71 lokasi di tanah besar iaitu 43 kawasan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan 28 tempat di Seberang Perai Selatan (SPS).

BACA: Mirip ‘Pasang Badan’ DJ Nazz, Aksi ‘Pasang Masjid’ Dengan Imam Buat Ramai Terhibur

Sumber: Facebook