Siakap Keli
maut bekerja 104 hari
Gambar: AFP

Cuti Hanya Sehari, Lelaki Maut Selepas Bekerja 104 Hari

Cuti Hanya Sehari, Lelaki Maut Selepas Bekerja 104 Hari

Seorang lelaki di China dilapor meninggal dunia akibat kegagalan organ, selepas bekerja berterusan selama 104 hari dengan hanya sehari cuti, lapor SCMP.

Kejadian itu sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung budaya kerja berlebihan yang berlaku di negara itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai A’bao, 30, mengalami beberapa organ akibat jangkitan pneumokokal, yang sering dikaitkan dengan kelemahan sistem imun.

Menurut SCMP, insiden terbabit sekaligus mencetuskan kemarahan yang meluas di China mengenai cara pekerja dilayan disana.

Lelaki maut selepas bekerja selama 104 hari

Menurut rekod, mangsa menandatangani kontrak sebagai tukang cat di sebuah syarikat bermula Februari tahun lepas.

Kontrak berkenaan difahamkan untuk tempoh sehingga Januari tahun ini. A’bao kemudian ditugaskan untuk menguruskan satu projek di  wilayah Zhejiang di timur China.

Bagi menyiapkan tugasan tersebut, mangsa bekerja setiap hari selama 104 hari bermula dari Februari tahun Mei tahun lepas. A’bao dikatakan hanya mengambil cuti selama sehari pada 6 April 2023.

Pada 25 Mei tahun yang sama, A’boi mengambil cuti sakit selepas merasa tidak sihat dan menghabiskan masa dengan berehat di rumah.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan A’bao merudum tiga hari kemudian. Dia seterusnya dikejarkan ke hospital oleh rakan sekerja untuk menerima rawatan dan disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru serta kegagalan pernafasan.

Malangnya, A’bao menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2023.

Syarikat terbabit telah melanggar Undang-Undang Buruh China

Semasa siasatan awal kematiannya, pegawai keselamatan sosial berkata kematian A’bao tidak boleh dikaitkan dengan kecederaan di tempat kerja.

Ia selepas tempoh antara waktu dia mula-mula jatuh sakit dengan waktu kematiannya telah melebihi 48 jam.

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, ahli keluarga A’bao kemudian menfailkan sama untuk menuntut ganti ragi di atas kematiannya yang didakwa disebabkan kecuaian majikan.

Sebagai tindak balas, syarikat itu berhujah bahawa beban kerja yang ditanggung mangsa boleh diurus dan sebarang kerja lebih masa adalah dibuat secara sukarela.

Pada masa yang sama, majikan turut berhujah bahawa kematian A’bao disebabkan masalah kesihatan sedia ada selain kekurangan campur tangan perubatan yang tepat pada masanya.

Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa kapasiti A’bao yang bekerja selama 104 hari secara berterusan adalah bertentangan dengan undang-undang buruh China.

Berdasarkan undang-undang tersebut, tempoh waktu bekerja maksimum sehari adalah 8 jam dan purata 44 jam seminggu.

Malah, mahkamah juga berpendapat pelanggaran undang-undang berkenaan oleh majikan menyumbang kepada kemerosotan kesihatan A’bao sehingga menyebabkan kematiannya.

Syarikat itu kemudian perlu menanggung liabiti sebanyak 20 peratus dan diarahkan membayar pampasan sebanyak 400,000 Yuan kepada keluarga mangsa.

BACA: Maybank Cycling Series Johor Berjaya Tarik Lebih Lebih 2,500 Pelumba Basikal

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.