Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Operasi Feri Di Terminal Penumpang Kuala Kedah Ditutup Hingga Sabtu Ini

Hannah
operasi feri kuala kedah ditutup
Sumber: BERNAMA

Operasi Feri Di Terminal Penumpang Kuala Kedah Ditutup Hingga Sabtu Ini

ALOR SETAR, 19 Sept (Bernama) — Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas.

“Feri tambahan akan diaktifkan semaksimum mungkin melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia.

“Sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah ini, penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menukar laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga cuaca kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan daripada pihak konsortium.

BACA: Apa Kaitan Air Pasang Besar Dengan Gerhana Bulan? Ini Jawapannya

BACA: Orang Ramai Kongsi Detik-Detik Cemas Ribut Landa Pulau Pinang

BACA: Tujuh Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya

Sumber: BERNAMA