Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
kenderaan malbatt lubnan diserang
Kredit: Bernama

ATM Sahkan Dua Kenderaan MALBATT Diserang Orang Awam Di Lubnan

Azizah Najib

ATM Sahkan Dua Kenderaan MALBATT Diserang Orang Awam Di Lubnan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan dua buah kenderaan milik trup Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) telah diserang orang awam di Lubnan sekitar jam 11.32 malam waktu tempatan pada Rabu.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, dua kenderaan Fitted For Radio (FFR) MALBATT 850-11 itu sedang diatur gerak dalam misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

“Insiden berlaku apabila kedua-dua buah kenderaan yang dinaiki oleh tiga orang pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL.

BACA: ATM Sahkan Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan Akibat Serangan Jantung

“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, berlaku kesesakan yang luar biasa. Ketika itu, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang dilalui banyak kenderaan ambulan dan bomba dari kedua-dua arah.

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba menghentikan kedua-dua buah kenderaan MALBATT,” katanya.

Serangan tersebut melibatkan seramai hampir 30 orang awam yang membaling batu dan memancitkan kesemua tayar kenderaan terbabit menggunakan senjata tajam.

“Bagi mengelak kejadian yang lebih buruk, ketua pergerakan telah mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan yang selamat. Mereka turut diarahkan untuk kekal berada di dalam kenderaan bagi menanti bantuan.

BACA: Wira Mogadishu Kongsi Pengalaman Tengok Kereta Perisai Penuh Darah Dibedil Roket Ketika Selamatkan Tentera Amerika

Lebanon Armed Forces (LAF) telah tiba di lokasi dan seterusnya berjaya mengawal keadaan. Pihak LAF juga telah membantu mengkoordinasikan loader bagi membawa balik kenderaan serta anggota MALBATT ke Kem Marakah,” tambahnya.

Bagaimanapun, kesemua anggota berada dalam keadaan selamat dan tiba di Kem Marakah pada jam 1.39 pagi waktu tempatan. Kedua kenderaan dilaporkan mengalami beberapa kerosakan.

“Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota MALBATT terbabit,” ujarnya lagi.

Rutin tugasan MALBATT 850-11 akan diteruskan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencemarkan imej ATM dan Kementerian Pertahanan berkenaan insiden tersebut.

Sumber: Angkatan Tentera Malaysia