Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bapa tak sanggup kehilangan anak
Kredit: @kajol_marey via TikTok
Tiada Kategori

Tak Sanggup Kehilangan, Bapa Nekad Bakar Motosikal Anak

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tak Sanggup Kehilangan, Bapa Nekad Bakar Motosikal Anak

Setiap ibu bapa di dunia ini hanya menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Kebahagiaan, keselamatan dan masa depan anak-anak menjadi keutamaan dalam kehidupan ibu bapa.

Sama seperti anak-anak yang hilang arah tanpa bimbingan ibu bapa, orang tua juga tidak mampu menahan peritnya kehilangan seorang anak.

Ada orang berkata, cara setiap ibu bapa mendidik anak-anak mereka adalah berbeza.

Ada yang memilih pendekatan lembut, ada juga yang lebih tegas.

Sebagai ibu bapa, setiap daripada kita pasti mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik darah daging yang kita kasihi.

Bagi sesetengah orang, cara mendidik itu mungkin dilihat sebagai ‘kasar’ atau keterlaluan, tetapi sebagai ibu bapa, kitalah yang paling memahami anak-anak kita.

BACA: Ini 5 Sukan ‘Pelik’ Di Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan tindakan nekad seorang bapa membakar motosikal milik anak lelakinya.

“Sebelum aku hilang kau, baik aku bakar motosikal ini. Lebih baik tak ada moto, daripada ada moto jadi ‘hantu’.

“Daripada engkau mati di atas jalan raya di tangan orang lain, lebih baik aku bakar motosikal ini,” katanya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas anak lelakinya tidak mendengar nasihat dan sering keluar pada waktu malam.

Bapa tersebut risau akan keselamatan anaknya, lebih-lebih lagi dalam dunia yang tak terduga ini.

Video yang tular itu telah meraih lebih dua juta tontonan, dan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Dalam dunia berkeluarga, ada dua dugaan paling berat iaitu anak-anak dan pasangan. Mungkin ini cara terbaik selepas semua cara lain tak berjaya. Semoga dipermudah segala urusan,”

“Teringat arwah abah. Arwah dulu kapak motor aku sebab perangai aku lebih kurang macam ni juga,”

“Daripada meratap kehilangan anak, lebih baik biarkan anak menangis meratap motosikalnya menjadi arang,”

“Nampak sangat ayah dia sayang dekat dia. Tindakan tu sebenarnya penuh kasih sayang,”

Dalam satu video lain, bapa tersebut turut menjelaskan sebab mengapa dia melakukan tindakan yang dianggap ‘drastik’ itu.

Menurutnya, ada satu tahap di mana kesabaran sebagai ibu bapa akan diuji habis-habisan.

Dia menjelaskan bahawa tindakannya membakar motosikal itu adalah cara terbaik baginya mendidik anak lelakinya.

“Bagi saya, itu cara saya mendidik anak saya sendiri. Daripada harus kehilangan dia sekarang, lebih baik saya korbankan motosikal itu.

“Lagipun motosikal itu pada mulanya diberikan untuk ke sekolah, tapi malangnya digunakan untuk hal-hal yang sebaliknya,” katanya lagi.

Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila bapa tersebut berkongsi ketakutannya yang paling besar dalam hidup, di mana dia takut akan dua perkara.

Yang pertama, dia takut menerima panggilan telefon yang mengatakan anaknya ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti merempit atau ‘samseng jalanan’.

Yang kedua, dia takut menerima panggilan yang jauh lebih tragis, iaitu berita kematian anaknya akibat kemalangan di jalan raya.

Sosok bapa sering kali digambarkan sebagai individu yang tegas, jarang meluahkan perasaan sayang dengan kata-kata.

Bapa mungkin kelihatan seakan tidak peduli, jarang tersenyum atau mengucapkan kata-kata manis seperti ibu.

Tetapi, kasih sayang seorang bapa adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Ia tersembunyi di balik kepenatan selepas seharian bekerja, di dalam suara yang kadang kala tegas, atau dalam resah gelisahnya setiap kali anak-anak ‘hilang tanpa khabar’.

Apa yang sering kali gagal untuk kita fahami adalah, setiap perbuatan bapa adalah cerminan betapa anak-anak sangat berharga di matanya.

BACA: Berang Koleksi Manga “Attack On Titans” Dibuang, Anak Nekad Saman Ibu Sendiri

BACA: Sukan ‘Pelik’ Ini Dapat Sambutan Di Jerman, Berjaya Curi Perhatian Warga Maya

Sumber: @kajol_marey via TikTok