Siakap Keli
sabari dipukau dilarikan

Anak Dakwa Sabari Mungkin Dipukau & Dilarikan

Anak Dakwa Sabari Mungkin Dipukau & Dilarikan

BALING, 23 Sept (Bernama) — Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 Sept lepas, tidak menolak kemungkinan bahawa Sabari Baharom, 62, mungkin dipukau individu tertentu sebelum dilarikan ke tempat yang sukar dijejaki menyebabkan operasi mencarinya masih menemui jalan buntu.

Anak bongsu Sabari, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata gerak hati mereka sekeluarga kuat mengatakan bahawa ayahnya masih hidup dan bimbang keadaannya yang lemah setelah hampir tiga minggu hilang.

“Kami yakin ayah masih hidup, dia mungkin dipukau. Kami sekeluarga turut mencuba alternatif sendiri berjumpa imam masjid dan orang alim untuk mengadakan bacaan Yasin dan mendoakan keselamatan ayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Amir berkata sejak kisah kehilangan ayahnya diketahui umum, ramai pengamal perubatan Islam dan alternatif menghubunginya untuk membantu dalam pencarian Sabari.

“Kira-kira 15 pengamal perubatan Islam dan alternatif termasuk dari Sarawak serta negara jiran, Indonesia, mendakwa bahawa ayah masih hidup,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Charan Ai Wan ketika dihubungi berkata pihaknya masih menyiasat kes itu dan belum ada perkembangan terbaharu.

“Setakat ini belum ada perkembangan … Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut membantu menyiasat kes ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan Sabari selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Baling menaiki kereta jenis Proton Waja sebelum kereta yang dipandu dijumpai penduduk terbakar di Belantik, Sik dan keluarganya dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lepas.

Telefon bimbit miliknya gagal dihubungi, bagaimanapun keluarganya mengesan berlaku pengeluaran wang dalam jumlah agak besar menerusi beberapa transaksi daripada satu akaun bank miliknya, dua hari selepas kehilangan warga emas itu.

BACA: Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.