Siakap Keli
Ayah Hilang kereta total lost
Kredit: @syilla_syilla via Instagram 

Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Seorang lelaki warga emas dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang sejak 4 September lalu.

Berita kehilangan Sabari Baharom, 62, dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram sebelum.

Malah, laporan polis tentang kehilangan Sabari juga sudah dibuat keluarga @syilla_syilla.

Ayah hilang sejak 4 September, kereta ditemui dalam keadaan total lost & sudah terbakar

Dalam perkembangan terbaru, @syilla_syilla memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan total lost dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah berhampiran Pulau Belantik, Sik.

Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan keberadaan ayahnya masih belum diketahui dan belum dijumpai setakat ini.

https://www.instagram.com/p/DAIZIGUPunR/?img_index=1

Justeru, @syilla_syilla memohon kepada orang ramai untuk terus membantu keluarganya mengesan ayah mereka yang hilang sejak 2 minggu lepas.

Berdasarkan maklumat yang tertera pada laporan polis yang dibuat, Sabari memiliki rambut hitam, berkulit sawo matang dan berkaca mata.

Sabari kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja warna emas dengan nombor pendaftaran, KBP 5778.

https://www.instagram.com/p/C_zgH6AvRML/

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan warga emas berkenaan diminta melaporkan ke balai polis berdekatan.

Orang ramai juga boleh terus menghubungi SM Mohd Amirul Bin Rahim di talian 019-4770286 atau hubungi IPD Baling, Kedah.

Maklumat juga boleh terus disalurkan ke mana-mana balai polis terdekat.

Menurut @syilla_syilla lagi, orang awam yang mempunyai maklumat tentang Sabari juga boleh menghubunginya ahli keluarga mereka di talian 019- 5230287 (Amir) dan 011-10408552 (Muhaimin).

BACA: Tanah Runtuh Di Jalan Brinchang, Cameron Highlands

Sumber: @syilla_syilla via Instagram 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.