Siakap Keli
Gambar: YB Ho Chi Yang

Tanah Runtuh Di Jalan Brinchang, Cameron Highlands

Tanah Runtuh Di Jalan Brinchang, Cameron Highlands

KUANTAN, 21 Sept (Bernama) — Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata  tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata bencana itu telah mengakibatkan Jalan Besar, Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok dan tiang eletrik yang tumbang.

“Sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu rosak dihempap tiang elektrik yang tumbang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata kerja-kerja pembersihan sedang giatkan dijalankan.

BACA: Datuk Sangka Benda Terapung, Terkedu Lihat Mayat Cucu Dalam Longkang

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.