Siakap Keli
Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa
Gambar: Bernama

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah lebih RM1.52 juta sejak Mei 2021 hingga Julai lepas.

Pasangan berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

“Faham pertuduhan, mohon dibicarakan,” kata pasangan itu ketika diminta membuat pengakuan secara berasingan di hadapan hakim.

Mengikut kesemua pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama untuk secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM1,526,372.16 juta, yang mana wang tersebut antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran, infak pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah, bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya untuk anak yatim.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank di Seksyen 8 dan 9 Bandar Baru Bangi antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Awang Kerisnada membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan.

“Memandangkan tertuduh pertama telah menyerahkan pasport kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, maka tertuduh kedua iaitu isteri tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan sama kepada mahkamah di sini, hari ini.

“Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi,” kata Awang Kerisnada yang kemudiannya menetapkan 27 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala pasangan itu diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan.

Pada Jumaat lepas, tertuduh pertama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang berjumlah RM63,605.48 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak pada April dan Jun tahun ini.

BACA: Suami Isteri Pempengaruh Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Kes Seleweng Kutipan Derma

BACA: Kes Dana Awam Libatkan Pasangan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

BACA: Empat Individu Termasuk Pasangan Pempengaruh Bebas Tahanan Reman

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.