Suami Isteri Pempengaruh Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Kes Seleweng Kutipan Derma
PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) — Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan.
Turut direman empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ialah dua individu yang dipercayai pengarah sebuah platform kutipan derma yang disyaki terlibat.
Perintah reman terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Menurut sumber SPRM, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.
BACA: Pemandu Terbabit Insiden Dihempap Kayu Balak Tiada Lesen Memandu – Polis
Semalam pasangan suami isteri ditahan pada pukul 6.40 petang manakala dua lagi suspek pada tengah malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Sebelum ini, pasangan berkenaan didakwa membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun didakwa wang itu tidak disalurkan secara betul.
Terdahulu pasangan tersebut serta dua suspek itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret pukul 9.18 pagi dengan berbaju lokap SPRM warna jingga dan tangan digari ketika dibawa ke mahkamah.
Sumber: BERNAMA
BACA: Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman
BACA: Kemajuan Kerja Projek ECRL Di Kelantan Capai 79.81 Peratus Sehingga Mei 2024 – MOT