Siakap Keli
keropok beracun lelaki direman
Kredit: Sinar Harian

Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman

Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman

Seorang lelaki dipercayai pemilik kebun direman selama enam hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi,  Labu Besar, Kulim.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad memberi kebenaran terhadap permohonan menahan reman lelaki berusia 33 tahun itu dari 11 hingga 17 Julai depan, lapor Sinar Harian.

Reman tersebut dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Semalam, jenazah mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan kira-kira jam 9.45 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

BACA: Jenazah Muhammad Akil Syauqi Selamat Dikebumikan

Van yang membawa jenazah tiba di perkarangan rumah datuk dan nenek mangsa pada pukul 6 petang. Kira-kira 300 orang termasuk ibu mangsa, ahli keluarga dan penduduk sekitar menghadiri pengebumian tersebut.

Menurut laporan, adik mangsa yang turut termakan keropok beracun tempoh hari, Muhammad Luth, 2, masih mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, kedua adik-beradik tersebut dilaporkan kritikal dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang setelah termakan keropok yang disyaki bercampur racun.

Makanan ringan berkenaan disangkut di pagar dawai besi kebun berdekatan kediaman mereka. Keropok tersebut dipercayai disangkut untuk menghalau haiwan liar yang mengganggu tanaman jiran mangsa.

BACA: “Jangan Gabungkan Makanan..,” Doktor Ini Kongsi Langkah Rawat & Cegah Mabuk Durian

Menerusi laporan Sinar Harian sebelum ini, jiran kepada kedua adik-beradik itu telah menghubungi ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, bagi memohon maaf atas kejadian yang menimpa.

“Jiran ada telefon, 10 malam tadi (Selasa). Mak dia telefon minta maaf semua, beritahu anak dia yang letak racun tu. Saya kata tidak apalah, benda dah jadi, nak buat macam mana,” luah ibu mangsa.

Kejadian tersebut disedari ibu mereka apabila kedua adik-beradik itu muntah dan mengalami mulut berbuih kira-kira jam 11 pagi.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.