Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
langkah rawat mabuk durian
Kredit: BERNAMA

“Jangan Gabungkan Makanan..,” Doktor Ini Kongsi Langkah Rawat & Cegah Mabuk Durian

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Jangan Gabungkan Makanan..,” Doktor Ini Kongsi Langkah Rawat & Cegah Mabuk Durian

Durian, raja segala buah sentiasa menjadi rebutan memandangkan kemunculannya mengikut musim tertentu. Rasa yang berlemak, bau yang harum dan tekstur yang lembut menjadikan durian unik dan lain daripada yang lain.

Bagi peminat durian, kehadiran musim durian umpama bulan jatuh ke riba. Terdapat pelbagai cara untuk nikmati durian. Sama ada dimakan terus atau juga dijadikan manisan dan hidangan sampingan yang dimakan bersama nasi.

Namun, harus anda ingat, durian mestilah dimakan berpada-pada. Dalam masa sama, tidak semua orang boleh menikmati durian dalam jumlah yang banyak.

Sifat durian yang memanaskan badan si pemakan membuatkan pelbagai petua tersebar tentang cara menurunkan semula suhu badan selepas memakan durian. Terdapat juga petua tentang makanan yang perlu dielakkan selepas memakan durian sejak dulu lagi.

Adakah petua-petua ini hanya sangkaan orang dahulu? Atau sememangnya terbukti memberi kesan buat si pemakan durian?

Untuk mendapatkan jawapan, ikuti perkongsian dari pakar perubatan swasta, Dr Samhan di bawah.

Merawat dan mencegah mabuk durian

Kali ini, Dr Samhan berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit yang disyaki mabuk durian.

Menerusi perkongsiannya, Dr Samhan menerangkan bahawa mabuk durian atau sebenarnya dipanggil kejadian keracunan ringan dalam kes ini disebabkan gabungan durian dan kopi.

“Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan badan berasa tak selesa,” terangnya di laman X peribadinya.

BACA: Senang Je Buat, Ini Resipi Serawa Durian Manis Berlemak

Menurutnya, kandungan sulfur dan karbohidrat yang tinggi dalam durian apabila bergabung dengan kafein di dalam kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia.

Bagi merawat keracunan ringan ini, beliau kongsikan empat langkah mudah yang boleh kita ingat.

Empat langkah mudah merawat mabuk durian

Langkah pertama, pastikan sesiapa yang terkena mabuk durian ini merehatkan badannya dan minum air kosong dengan banyak. Dengan cara ini, toksin di dalam badan dapat disingkirkan.

Dr Samhan turut mencadangkan supaya pesakit memakan makanan ringan yang mudah dihadam. Namun, jika keadaan masih tidak bertambah baik, pesakit diminta pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

Menerusi perkongsiannya lagi, beliau turut mencadangkan beberapa cara pencegahan dari berlakunya mabuk durian.

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi. Pastikan badan sentiasa cukup air, terutama selepas makan makanan berat seperti durian,” nasihatnya.

Elak hidangan ini lepas makan durian

Rupa-rupanya, memang terdapat beberapa hidangan yang perlu dielakkan menurut perkongsian Dr Samhan.

“Makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian (ialah) kopi, alkohol, minuman berkarbonat, makanan berminyak, makanan pedas, susu dan produk tenusu, makanan tinggi protein,” kongsinya.

Terjawab sudah persoalan selama ini. Jadi bagi peminat durian, ambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan anda.

Sumber: X Dr Samhan

BACA: Boleh Bawa Maut Jika Tak Dirawat, Ketahui Mengenai Demam Kepialu

BACA: Hairan Baju Berkedut Lepas Seterika? Ini Rupanya Cara Seterika Yang Betul