Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
langkah pencegahan demam kepialu
Kredit gambar: BERNAMA / Kementerian Kesihatan Malaysia

Boleh Bawa Maut Jika Tak Dirawat, Ketahui Mengenai Demam Kepialu

Azizah Najib

Boleh Bawa Maut Jika Tak Dirawat, Ketahui Mengenai Demam Kepialu

Baru-baru ini berlaku kes jangkitan demam kepialu melibatkan beberapa orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu.

Mungkin masih ada yang belum mengetahui mengenai demam kepialu ini, bagaimana ia terjadi dan apakah gejalanya?

Menurut MyHealth, demam kepialu atau juga dikenali sebagai tifoid terjadi daripada jangkitan bawaan makanan yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi.

Bakteria ini terdapat di dalam darah, air kencing dan najis pesakit.

Selain pesakit, bakteria ini juga terdapat pada pembawa, iaitu seseorang yang mempunyai bakteria tifoid dalam saluran penghadamannya tetapi tidak menunjukkan gejala demam kepialu.

Demam Kepialu Membawa Maut? Cegah Sebelum Terlambat

Demam kepialu boleh merebak melalui beberapa cara antaranya penyebaran melalui makanan dan minuman yang dicemari dengan najis manusia yang ada bakteria Salmonella typhi.

Selain itu, ia juga boleh merebak melalui hidangan yang disediakan oleh pesakit dan pembawa bakteria berkenaan. Malah, hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi juga boleh menyebabkan demam kepialu selain penggunaan bekalan air yang tidak bersih ketika penyediaan makanan.

Biarpun kebiasaannya gejala demam kepialu ini berlaku dalam tiga hari selepas mendapat jangkitan, terdapat juga jangkitan yang lambat menunjukkan gejala iaitu sehingga tiga bulan.

Benarkah demam kepialu membawa maut?

Demam kepialu sememangnya boleh membawa maut, jika tidak mendapat rawatan awal secukupnya. Mereka yang dijangkiti juga berisiko mengalami pendarahan, malah bahagian yang dijangkiti di dalam usus boleh pecah atau bocor.

BACA: Lima Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Dijangkiti Tifoid

Lebih parah lagi, data menunjukkan dua hingga lima peratus kes mereka yang menjadi pembawa kronik disebabkan bakteria masih wujud biarpun gejala sudah tiada.

Apakah gejala atau tanda-tanda anda terkena demam kepialu?

Antara gejala dan tanda-tanda yang boleh anda perhatikan ialah demam panas berpanjangan, sembelit, rasa sakit atau lemah badan, letih lesu, kurang selera makan dan sakit kepala.

Selain daripada itu, perhatikan juga jika berlaku cirit-birit, mata layu atau cengkung, sakit perut dan ruam pada bahagian atas badan. Anda juga berisiko untuk tidak sedarkan diri dan meracau jika terkena demam kepialu.

Sekiranya anda mengalami gejala seperti yang disebutkan, segera dapatkan bantuan di mana-mana klinik terdekat.

Apakah langkah pencegahan dari dijangkiti demam kepialu?

Bagi mencegah diri anda daripada dijangkiti demam ini, ikuti beberapa langkah mudah berikut.

Basuh tangan anda dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum mula menyediakan makanan. Anda juga perlu memastikan ulam, sayur dan buah dibasuh dengan air bersih sebelum dimakan.

Demam kepialu juga dapat dielakkan dengan menggunakan air yang bersih ketika membasuh pinggan, mangkuk dan bekas makanan. Dalam masa yang sama, anda juga perlu gunakan air bersih ketika menyediakan makanan dan minum air yang telah dimasak atau yang telah dibotolkan.

BACA: Seorang Pengsan, 16 Alami Pening Dan Pedih Mata Akibat Tumpahan Kimia

Jika anda ingin makan di luar, pastikan anda memilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Anda tahu cara paling mudah untuk mengetahui sama ada premis makanan tersebut bersih atau tidak?

Cari sijil pengiktirafan kebersihan premis seperti ini.

sijil gred kebersihan premis
Contoh sijil penarafan kebersihan premis makanan. Kredit gambar: Majlis Bandaraya Seberang Perai

Jaga kebersihan, sayangi nyawa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Bandaraya Seberang Perai

BACA: Pelakon Pirates Of The Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung