Senang Je Buat, Ini Resipi Serawa Durian Manis Berlemak
Umum mengetahui sekarang merupakan musim durian yang boleh didapati dengan mudah. Antara jenis durian yang sentiasa mendapat perhatian adalah udang merah, D24, musang king dan durian kampung.
Durian yang terkenal dengan baunya yang harum kemanisan boleh dimakan begitu sahaja. Namun, ada juga yang lebih gemar nikmati durian yang dimasak bersama pulut dan roti.
Kali ini, SK ingin kongsikan satu resipi yang sentiasa evergreen, resipi serawa durian manis berlemak dari Che Sayang Kitchen. Ikuti resipi penuh di bawah.
Resipi serawa durian dan pulut, manis berlemak dari TikTok Che Sayang Kitchen
Untuk masak serawa durian ini, pastinya bahan utama ialah durian. Durian yang dicadangkan Che Sayang ialah jenis durian kucing tidur. Sediakan sebanyak tujuh hingga lapan ulas durian.

Kemudian, sediakan secawan air, sehelai daun pandan yang disimpul, dua hingga tiga ketul gula melaka, sekotak kecil santan dan garam secukup rasa.
BACA: “Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik
Bagai bahan untuk masak pulut pula, anda perlukan secawan pulut susu atau juga dipanggil pulut putih, setengah cawan air dan setengah cawan santan.
Anda boleh mula mengukus pulut selama 15 minit setelah panaskan pengukus.

Cara masak serawa durian
Mula-mula sekali, masukkan isi durian dalam periuk. Kemudian masukkan air dan daun pandan untuk masak seketika isi durian tersebut.
Tidak perlu masak durian lama-lama, cukup sehingga air mendidih dan isi durian nampak lekang sedikit.
Setelah itu, masukkan gula melaka. Biar sehingga gula mencair lalu masukkan pula santan. Kacau seketika hingga nampak durian sebati dengan gula melaka dan santan.

Anda boleh masukkan garam mengikut cita rasa masing-masing.
Bagi mengelakkan serawa durian menjadi terlalu masin, anda boleh masukkan garam sedikit demi sedikit.
Dengan cara ini, serawa durian menjadi serasi antara masin, manis dan berlemak.
Setelah serawa durian siap, anda boleh nikmatinya bersama pulut tadi. Selamat mencuba.
@chesayang_kitchen Episod 216 | Resepi Serawa Durian & Pulut | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 Serawa durian – 7-8 ulas durian – 1 cawan air – 1 daun pandan – 2 ke 3 ketul gula melaka – 1 kotak kecil santan – Garam Pulut (gandakan sukatan jika mahu banyak) – 1 cawan pulut susu (pulut putih) – 1/2 cawan air – 1/2 cawan santan – Kukus 15 minit setelah pengukus panas #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #serawadurian #pulutdurian
Sumber: TikTok Che Sayang Kitchen
BACA: Ngam Makan Dengan Sambal Merah, Ini Resipi Bihun Sup Daging Padu
BACA: Tak Susah Nak Buat, Ini Resipi Otak Lembu Masak Kunyit Berempah