Siakap Keli
otak masak kunyit berempah
Gambar dari TikTok Dapoq Kak Bedah

Tak Susah Nak Buat, Ini Resipi Otak Lembu Masak Kunyit Berempah

Tak Susah Nak Buat, Ini Resipi Otak Lembu Masak Kunyit Berempah

Setiap kali musim raya korban, pasti muncul pelbagai resipi untuk masak daging lembu. Daging goreng kunyit, bihun sup daging, malah resipi nasi daging buat dimakan bersama air asam turut dikongsi.

Teringat SK suatu ketika dahulu, iklan raya PETRONAS menayangkan si ibu bertanya bahagian-bahagian lembu yang perlu dibeli anak-anaknya. Ada babak penjual daging tunjukkan kepala lembu pun sudah dipesan seminggu awal.

Ketika menonton iklan tersebut, SK pelik macam mana orang makan kepala lembu. Rupa-rupanya, bukan setakat daging lembu sahaja orang cari, malah otak lembu juga boleh dinikmati bersama ahli keluarga di hari raya.

Ingin tahu bagaimana orang utara nikmati otak lembu? Ikuti resipi ‘rare’ masak otak lembu yang dikongsikan oleh Kak Bedah di TikTok.

Resipi otak lembu masak kunyit berempah stail Kak Bedah

Bahan utama resipi ini tentulah otak lembu. Anda boleh sahaja gunakan sepasang otak lembu dahulu untuk yang pertama kali mencuba juadah ini. Tetapi bagi yang sudah pernah merasa, sepasang otak pastinya tidak mencukupi. Takut berebut pula nanti.

Sebelum mula memasak, perasakan otak lembu dengan garam dan kunyit, kemudian perap sekejap.

Selepas itu, sediakan minyak masak, bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, cili merah, cili hijau dan daun sup.

bahan masakan resipi otak
Bahan tumisan resipi otak masak kunyit berempah. Sumber: Dapoq Kak Bedah

Bahagikan bawang besar kepada dua bahagian, satu untuk dikisar dan satu bahagian lagi untuk dijadikan hiasan. Kupas dan bersihkan bawang besar, bawang putih dan halia, kemudian kisar halus kesemuanya untuk dijadikan bahan tumisan. Asingkan.

Setelah itu, panaskan kuali untuk sangai jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar sebagai rempah masakan. Jika anda tidak tahu, sangai merupakan kaedah menggoreng tanpa gunakan minyak masak. Sangai rempah tadi sehingga naik bau, kemudian biarkan sejuk seketika.

BACA: “Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik

Apabila bahan rempah sudah sejuk, kisar halus tanpa gunakan air.

Hiris sebahagian lagi bawang merah, cili merah, cili hijau dan daun sup dan asingkan.

Setelah siap semua bahan, mari kita mula memasak.

@kak.bedah

Resepi otak lembu masak kunyit berempah stail kak bedah #CapCut #otaklembu #fyp #foodie #jommasak #foodtiktok #kakbedah

♬ original sound – Kak Bedah – DAPOQ KAK BEDAH

Cara masak otak lembu

Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian tumis bahan tumisan bersama rempah masakan tadi. Setelah pecah minyak, masukkan otak lembu dan sedikit air.

tumis hingga pecah minyak
Tumis bahan-bahan hingga pecah minyak. Sumber: Dapoq Kak Bedah

Apabila otak separa masak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Setelah itu, gaul sebati. Kemudian, masukkan lebihan bawang merah tadi bersama cili merah, cili hijau dan daun sup sebagai hiasan. Bagi nampak juadah berwarna-warni sedikit.

Gaul sedikit, kemudian tutup api. Siap.

Lauk ‘rare’ otak masak kunyit berempah sedap dinikmati dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba.

BACA: Ngam Makan Dengan Sambal Merah, Ini Resipi Bihun Sup Daging Padu

Sumber: TikTok Dapoq Kak Bedah

BACA: Siap Letak Taugeh, Wanita Jepun Tular Masak Cendol Macam Ramen

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: