Siakap Keli
nasi daging air asam kerisik
Sumber: Facebook Miera Abd Manaf

“Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik

“Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik

Daging korban masih berbaki dan anda buntu nak masak apa? Jangan risau, kali ini SK ingin kongsikan dengan anda cara orang Pulau Pinang masak nasi daging yang sedap dimakan bersama sup kosong dan air asam kerisik.

Makan panas-panas, tambah berpinggan-pinggan. Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini, Miera Abd Manaf.

Resipi nasi daging dan sup kosong

Sebelum anda mula memasak, anda perlu sediakan beberapa bahan masakan.

bahan masakan nasi daging
Ramuan resipi nasi daging. Sumber: Miera Abd Manaf via Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini

Rebus daging terlebih dahulu hingga empuk. Kemudian, letak tepi. Air rebusan daging jangan dibuang. Simpan dulu untuk kegunaan masa depan ya.

Sediakan beras dan minyak sapi mengikut sukatan sendiri. Jika tidak ada minyak sapi, anda boleh juga gantikan dengan mentega atau minyak masak.

Siapkan bahan tumisan dengan menghiris bawang merah, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

BACA: Siap Letak Taugeh, Wanita Jepun Tular Masak Cendol Macam Ramen 

Beralih pula ke ramuan istimewa resipi nasi daging. Bagi menambah kesedapan nasi daging mestilah kena ada rempah kurma, daun pandan, kiub pati daging dan susu cair.

Tumis bahan tumisan tadi sehingga agak kekuningan, kemudian masukkan rempah kurma dan beras. Kacau sebati kesemua ramuan sebelum masukkan nasi ke dalam periuk nasi.

Tambah air rebusan daging, susu cair dan daging yang sudah direbus. Jika anda tidak mahu menggunakan susu cair, memadai sahaja dengan air rebusan daging tadi. Selepas itu, masukkan pula kiub pati daging, daun pandan dan sedikit garam.

Kacau sedikit semua bahan yang telah dicampurkan, kemudian masak nasi seperti biasa.

nasi daging siap dimasak
Nasi daging yang sudah siap dimasak. Sumber: Miera Abd Manaf via Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini

Simpan sedikit air rebusan daging untuk dibuat sup kosong. Anda hanya perlu tambah bawang, halia, garam, daun sup dan daun bawang sebagai penambah rasa. Panaskan sekejap, kemudian sudah boleh dihidang.

Resipi air asam kerisik

air asam kerisik
Air asam kerisik. Sumber: Miera Abd Manaf

Tidak lengkap nasi daging tanpa air asam kerisik bagi orang utara. Untuk menyediakan air asam kerisik ini, anda perlukan cili besar, cili padi, belacan, garam yang ditumbuk bersama.

Kemudian, masukkan kerisik, air asam jawa, jus limau nipis, tomato dan bawang besar. Kacau sebati kesemua bahan. Siap untuk dinikmati bersama nasi daging dan sup.

Baca resipi pun dah kecur liur kan? Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Miera Abd Manaf Via Group Masak Apa Hari Ini (MAHN)

BACA: Masak Dekat Rumah Pun Boleh, Ni Resipi Ayam Masak Bawang Ala Mamak

BACA: Resipi Ayam Masak Sos Tiram Ala Thailand

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.